Nuffnang

Khamis, 8 Mac 2012

Hafiz af - Google Blog Search

Hafiz af - Google Blog Search


Perempuan itu hanya kawan - <b>Hafiz AF</b>

Posted: 09 Feb 2012 08:00 PM PST

Foto yang mendakwa kekasih baru Hafiz AF telah pun tersebar di internet. Foto yang mempamerkan aksi mesra itu telah pun dikecohkan dan disensasikan media sebagai satu publisiti akibat kemenangan Awan Nano di AJL yang lalu. Pun begitu, kematangan Hafiz sudah pon menangkis dakwaan itu dan kawan perempuan itu hanyalah kawan semata-mata. Kini Hafiz merancang untuk membuat majlis kesyukuran bersempena kemenangan Awan Nano.

"Gadis dalam gambar tersebut adalah kawan saya dan kami saling mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum sampi ke tahap bercinta lagi.

"Saya harap orang tidak membuat sebarang spekulasi lagi berkaitan tentang hal cinta. Lagipun saya agak fobialah nak bercinta.

"Nanti orang ingat saya sengaja mahu cari publisiti memandangkan ABPBH2011 dah nak dekat. Macam-macam pula pandangan negatif yang bakal saya terima nanti.

"Berkenaan dengan gambar itu, saya tahu ada yang tidak senang dengan saya dan cuba menyebarkannya kepada umum. Bukan apa, saya tidak pernah meletakkan gambar-gambar sebegitu dalam akaun laman sosial milik saya," -Via

-Komen anda itu adalah TANGGUNGJAWAB ANDA. tq.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan