Memey Suhaiza - Google Blog Search |
<b>MEMEY SUHAIZA</b> MAHU SANGAT ADA ANAK SENDIRI <b>...</b> Posted: 15 Feb 2012 10:30 PM PST No of View :116 ![]() SEBELUM ini memang merancang juga… tapi lama-kelamaan, saya rasa macam hendak ada anak sendiri. Perasaan itu sudah datang." Demikian kata jujur daripada bibir pelakon Memey Suhaiza ketika ditemui pada majlis pelancaran wajah baru Mingguan Malaysia di pusat membeli-belah AEON, AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur, hujung minggu lalu. Isteri kepada aktor Norman Hakim itu mengakui, sejak mendirikan rumah tangga enam bulan lalu, dia kini merasakan kehidupannya cukup berbeza. Melalui raut wajah dan senyuman yang sentiasa terukir, nyata dia kini sedang berbahagia melalui kehidupan baru sebagai seorang isteri. "Saya rasa sangat gembira dan perasaan tersebut memang payah untuk dijelaskan. Yang nyata kini saya merasakan kehidupan sudah sempurna. "Cuma pada ketika ini, memang saya teringin sangat untuk mengandung dan mempunyai cahaya mata sendiri," katanya lagi. Berbicara soal lakonan selepas mendirikan rumah tangga, Memey memberitahu, dia akan meneruskan kerjaya yang menjadi minatnya selama ini. Namun tegas Memey, dia akan lebih selektif dalam pemilihan watak. Bukan berlagak cerewet tetapi keputusan itu diambil bagi menjaga hati suami tersayang. "Setelah berkahwin dan menjadi isteri orang, saya sendiri perlu sedar akan tanggungjawab. Dalam masa yang sama saya juga perlu tahu membezakan mana yang baik atau buruk dalam membuat keputusan," jelasnya. ![]() |
You are subscribed to email updates from Memey Suhaiza - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan