Nuffnang

Rabu, 25 April 2012

Adira af - Google Blog Search

Adira af - Google Blog Search


<b>ADIRA AF</b> NAFI AMBIL SUNTIKAN | Blog Bulan Purnama

Posted: 24 Apr 2012 11:50 PM PDT

Jika sebelum ini fenomena filem adaptasi, Ombak Rindu telah memberi populariti terhadap bakat kelahiran Akademi Fantasia musim ke 8, Adira. Kini perubahan kecantikan paras rupanya turut menjadi buah mulut daripada pelbagai pihak.

Kecantikan yang dimiliki penyanyi remaja ini sering mendapat pujian terutama daripada peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan gadis ini sehingga ada yang mahu mengetahui rahsianya.

Bagaimanapun, ada juga di kalangan pihak-pihak tertentu mengandaikan bahawa penyanyi comel ini mengamalkan suntikan untuk kelihatan cantik.

Siti Adira Suhaimi, 21, mengakui kecantikan yang dimilikinya kini tidak ada sebarang kaitan dengan penggunaan suntikan tertentu malah dengan yakin dia mengatakan apa yang ada pada dirinya itu adalah semula jadi.

"Kulit saya memang cerah begini sejak dari kecil lagi dan sehingga kini saya tidak pernah mengambil sebarang suntikan untuk kelihatan lebih gebu. Lagi pun, masyarakat di Kundasang ramai yang ada kulit seperti saya.
"Dulu, saya banyak masa untuk ke pulau, mungkin sebab itu kulit saya tidak secerah sekarang. Oleh kerana jadual harian saya kini terlalu padat dengan aktiviti nyanyian, saya tidak ada masa untuk lakukannya malah, masa luang akan saya manfaatkan untuk berada di rumah bersama keluarga," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan