Nuffnang

Rabu, 25 April 2012

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b> di Majlis Makan Malam Amal Hari Ibu 2012 | Sensasi <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 06:18 AM PDT

DIA antara permata seni yang terpilih kerana selepas lebih tiga dekad, bintangnya masih bersinar terang dan cahaya itu tidak pernah pudar meskipun industri hiburan menyaksikan bersilih ganti kelahiran nama baru menguasai pentas.

Bakat besar dan suara emas Jamal Abdillah mengundang pesona di hati peminat lantas menjadi pengikat yang mengeratkan jalinan yang disimpul kemas sejak 33 tahun lalu.

Gemersik vokal jantan miliknya menjadi igauan sejak menjuarai Bintang RTM 1979 dan karisma yang dianugerahkan Ilahi itu menjadi aset paling berharga yang meneruskan legasi Jamal di pentas seni.

Barangkali tidak salah jika ada yang meletakkan kedudukannya pada tempat yang istimewa selepas Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebagai idola sanjungan.

poster v3 copy

Biarpun perjalanan panjangnya itu dirintangi onak dan duri halangan, bapa kepada Osama Yamani, 11 dan Ahmad Zaki, 6 tahun itu tidak pernah meletakkan noktah dalam perjuangannya.

Nyanyian sudah menjadi darah daging kepadanya dan selagi bernafas, karier itu akan diteruskan kerana Jamal cuma satu dan tersendiri.

Sering menjadi pilihan untuk memenuhi pelbagai undangan persembahan, kelibat pemilik vokal emas ini akan kembali beraksi dalam sebuah persembahan istimewa sempena Hari Ibu.

Persembahan anjuran MSiS Events & Services akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 6 Mei depan, bermula jam 8 malam.

Persembahan Hari Ibu ini turut dimeriahkan dengan penampilan penyanyi Ibnor Riza selaku artis undangan dan Ifa Raziah sebagai pengacara majlis.

Seorang ibu mempunyai tempat yang paling istimewa di hati semua insan, malah pengorbanannya itu tidak mungkin dapat ditukar ganti dengan apa sekali pun.
Kedudukan istimewa ibu diletakkan pada kedudukan tertinggi dalam Islam apabila syurga seorang anak berada di bawah telapak kaki seorang ibu.

Sebagai anak yang pernah merasai keperitan kehilangan seorang ibu, apa yang masih berbekas di hati Jamal hanya kenangan yang akan terus terpahat kukuh di sudut sanubarinya.

Jamal mengakui, ketika hayat ibunya masih ada dia jarang berpeluang meluangkan masa kerana sibuk memenuhi undangan pelbagai persembahan.

"Selama enam tahun, saya tidak menjenguk arwah ibu disebabkan sibuk memenuhi pelbagai undangan persembahan sekali gus sibuk mengejar populariti dulu.

"Arwah ibu , Zainon Hassan meninggal dunia pada 1991 kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk kencing manis dan darah tinggi. Walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu, jasa dan pengorbanannya tetap abadi di hati ini. Saya menyeru mereka yang masih memiliki ibu supaya menghargai setiap detik berharga itu kerana harta dunia tidak mampu menggantikan kesucian kasihnya," katanya.

Pada persembahan itu nanti, Jamal yang dikenali sebagai Raja Pop akan mempersembahkan 15 lagu termasuk medley dari album pertama hingga terbaru diiringi live band di bawah pimpinan Belle Fatah.

Antara lagu yang akan dinyanyikan oleh Jamal ialah Cinta Selayang Pandang, Kasihnya Ibu dan Tidurlah Permaisuri. Di samping itu Jamal juga akan menyanyikan sebuah lagu duet bersama penyanyi undangan, Ibnor Riza.

Ibnor Riza sendiri akan mendendangkan empat buah lagu antaranya Mimpi Yang Tak Sudah dan Meneka Dalam Kesamaran pada majlis yang menyaksikan Ifa Raziah sebagai pengacara.

Selain persembahan hiburan, turut diadakan pertunjukan fesyen oleh butik-butik terkenal tanah air seperti Butik Cosry, Butik Altelia Amani dan Gedung Kain Terkemuka Jakel.

Bagi menjayakan majlis ini, adinda Sultan Selangor iaitu Y.A.M. Datin Paduka Tengku Ara ah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah bersetuju untuk menjadi Penaung Majlis Makan Malam Amal Hari Ibu ini.

Bagi membantu ibu-ibu yang memerlukan bantuan, pihak penganjur akan mendermakan sebahagian daripada hasil kutipan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Majlis Makan Malam Amal Hari Ibu 2012:-
Tempat : Shah Alam Convention Centre
Tarikh : 6 Mei 2012, Ahad
Masa : 8.00 malam – 11.30 malam
Harga Tiket : RM250, RM350 & RM500

Untuk tempahan tiket anda boleh hubungi Puan Suriyani di talian 019-2957063 atau 019-3844300.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jamal Abdillah Mahu Jumpa Peminat
  • Karnival Sehari Bersama Jamal Abdillah
  • Ekspresi Dato' M. Nasir & Jamal Abdillah
  • Gambar Jamal Abdillah dan Nash Ubaidillah di Rumah Terbuka PENGASIH
  • Jamal Abdillah Tidak Stabil di Konsert Amal Kasih?
  • Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda
  • Rakaman Konsert Ekspresi Dato' M. Nasir & Jamal Abdillah
  • Konsert Jamal Abdillah J2011 Lagenda Guna Penata Cahaya PANI
  • Quotes of The Day: Saya Tak Patah Semangat – Jamal Abdillah
  • Gambar Jamal Abdillah di Sidang Media Minggu Setiausaha Menara KL
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan