Nuffnang

Rabu, 25 April 2012

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


<b>Fouziah Gous</b> Nafi Bertunang, Nikah

Posted: 23 Apr 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 23 JUN 2012: Pelakon cantik, Fouziah Gous menafikan bahawa dia bakal bertunang pada Jun ini dan bernikah pada Januari tahun depan sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar Harian Metro dan blog hiburan baru-baru ini.

Ketika dihubungi portal murai.com.my sebentar tadi, Fouziah Gous cukup terkejut dan melahirkan rasa kesal apabila ada pihak yang memandai-mandai telah meletakan tarikh tertentu bagi dua agenda yang sangat penting dalam hidupnya itu.

"Saya sendiri tidak tahu tarikh saya akan bertunang dan bernikah kerana terus terang saya sendiri belum tahu bilakah saya akan menamatkan zaman bujang dan saya tidak pernah merancang ke arah itu lagi. Malah dengan siapa saya akan kahwin pun belum tahu lagi.

"Saya cukup pelik, bagaimana ada pihak yang memandai-mandai menetapkan dua tarikh penting ini. Tapi sekiranya benarlah saya akan bertunang pada Jun ini dan bernikah Januari tahun depan, memang bagus betul tukang tilik itu," katanya sempat bergurau.

Jelas Fouziah Gous, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memperbesarkan isu berkenaan tetapi sangat berharap agar pihak berkenaan memeriksa terlebih dahulu kesahihan fakta atau mungkin bertanyakan kepada dirinya.

Malah dia juga kesal, apabila kenyataannya pernah disalah anggap oleh pihak media dan juga pengunjung laman Twitter miliknya baru-baru ini, gara-gara dakwaan menjalinkan hubungan bersama seorang VVIP bergelar Datuk Seri.

"Agak pelik juga, daripada mana perkara ini boleh datang. Kasihan pula dengan peminat saya yang terpaksa mendengar semua kejadian ini.

"Tapi lebih kasihan kepada rakan-rakan yang berkecil hati kerana menganggap saya tidak mengundang mereka ke majlis pertunangan saya. Tiba-tiba saja saya dilayangkan ucapan tahniah.

"Padahal, hakikatnya saya sendiri tak tahu menahu tentang perkara ini. Jauh sekali untuk saya merahsiakan majlis pertunangan dan pernikahan saya," katanya yang masoh sibuk dengan penggambaran drama Trilogi Cinta untuk tayangan RTM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan