Nuffnang

Rabu, 25 April 2012

najwa mahiaddin - Google Blog Search

najwa mahiaddin - Google Blog Search


Jeffryjeff.com | <b>NAJWA MAHIADDIN</b> JELMAAN ADELE

Posted: 22 Feb 2012 12:20 AM PST

KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI 2012: Mungkin bulan Mac menjadi bulan mengangkat majoriti wanita bersaiz normal di mana dapat dilihat majalah fesyen ternama dunia, Vogue juga telah mengambil Adele bagi menghiasi muka hadapan mereka.

Secara kebetulan, majalah tempatan InTrend digetus perasaan yang sama mahu merai dan menghargai wanita cantik bertubuh plus sizeseperti Adele yang kini menjadi sebutan dalam industri hiburan juga fesyen tanahair, tidak lain tidak bukan Najwa Mahiaddin.

Menurut penata fesyen yang bertindak sebagai penyelaras kepada penggambaran tersebut iaitu Iqbaq V Azwan Mukhtaram, Najwa sangat mudah untuk digayakan kerana dia juga mempunyai citarasa tinggi dan gemar bergaya.

Antara yang menjadi intipati dalam halaman Profil adalah kisah dan luahan hati Najwa sendiri yang berasal daripada latarbelakang keluarga berprofil tinggi di mana ayahnya merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Mahu berdiri dengan namanya sendiri, menurut Najwa lagi dia tidak mahu berkongsi atau mendapatkan populariti daripada nama ayahnya dan kerana itu jugalah di awal kemunculannya dia mengubah ejaan nama ayahnya itu supaya mengharapkan umum tidak dapat mengetahuinya.

Menyarungkan helaian daripada Eclipse menghiasi muka hadapan yang terdiri daripada jemeki matte rona kundang dia juga tampil sungguh elegen dalam sarungan daripada Karen Millen dan Ted Baker.

Dilengkapkan dengan aksesori mewah Aseana Accessories, Najwa mendapat sentuhan daripada Khir Khalid dan dandanan rambut daripada David Shaw.

Itu adalah sedikit kisah tentang Najwa dan pelbagai lagi cerita menarik dikongsi penyanyi lagu Got To Go itu dan anda harus mendapatkan InTrend edisi Mac 2012 untuk mengenali lebih dekat personaliti yang mempunyai suara yang unik ini.

Seperti biasa, majalah fesyen yang lain, InTrend tidak lupa menghadiahkan pembaca setia mereka dengan ilham baru buat menata gaya anda tatkala melangkah masuk ke musim baru 2012 ini.

Lembar Fesyen ilham mewah pentas peragaan bakal menjadi taruhan gaya anda musim ini.

Flux atau dalam erti kata lain bermaksud berubah-ubah memperlihatkan padanan item mewah seperti Louis Vuitton, Micheal Kors dan D&G pasti mencetus kepada gaya gah dan berkarekter.

Manakala di ruangan kecantikan, InTrend berkongsi teknik, tips dan cara dalam layangan berus untuk mencipta efek kepada keseluruhan solekan.

Mungkin anda mahu tampil berbeza daripada selalu ini boleh jadi rujukan buat anda.

Info fesyen mahupun kecantikan dan gaya hidup sentiasa berubah-ubah dan anda tidak mahu ketinggalan mengemaskini ilmu yang satu ini.

Jangan lupa dapatkan InTrend Mac bagi menambah informasi baru berguna buat anda bergaya nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan