Nuffnang

Rabu, 25 April 2012

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Shila Amzah dan <b>Sharnaaz Ahmad</b> - Jawab Isu Gedik ~ Gossip Artis <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2012 07:15 PM PDT

Setiap orang mempunyai pandangan masing masing, adakalanya pandangan boleh diterima pakai adakalanya ianya berbau cemburu atau iri hati. Baru baru ini sebuah majalah telah memaparkan kelakuan Shila Amzah yang begitu gedik apabila bersama Sharnaaz Ahmad, Betul ker?

Baru baru ini Zubir Dari Berita Harian telah menegur kelakuan Shila Amzah dan kekasihnya iaitu Sharnaaz yang berkelakuan terlebih mesra alam di depan Khalayak ramai.

Antara kata-kata sinis Zubir ialah:-

Orang lain pun bercinta juga, tapi cool saja. Lebih menjengkelkan, Sharnaaz dan Shila menunjukkan kemesraan itu di depan ibu Shila, walhal kedua-duanya bukan ada ikatan sah sebagai suami isteri, sebaliknya hanya berstatus kekasih sahaja.
Zubir perhatikan, ibu Shila seolah-olah merestui anak daranya itu beraksi mesra dengan Sharnaaz.

Apalah salahnya sebagai ibu, tegur sikit Shila tu supaya menjaga kelakuan di tempat awam, jangan biarkan orang menyampah dengan gelagat mesra bersama Sharnaaz yang over sangat tu.


Selepas kenyaataan itu, MH Online menghubungi si empunya diri untuk mendapatkan penjelasannya. Berikut adalah kenyaataannya :
"Berkenaan dengan isu tersebut, saya terima dengan hati terbuka setiap komen yang diberikan oleh peminat, sama ada ia positif atau sebaliknya. Siapa yang mengambil tahu tindak-tanduk kami secara tidak langsung ia menunjukkan masih ada yang sayang dengan saya dan Sharnaaz. Kalau ada jodoh, insyaAllah hubungan ini akan diteruskan kepada fasa yang lebih serius," katanya jujur.

Ketika diajukan soalan bila agaknya dia mengakhiri zaman bujang, Shila memberi tempoh empat tahun lagi untuk menuju ke alam berumah tangga.

"Insyaallah, kalau tidak ada aral melintang, mungkin dalam empat tahun lagi. kalau ada jodoh. Tak tahulah siapa jodoh saya. Belum tentu saya berkahwin dengan orang yang saya berkawan sekarang kan? Saya berserah pada jodoh saja" jelas Shila mengakhiri perbualan.

Apapun G.A.M anggap ini adalah satu teguran membina, diharapkan Shila Amzah akan cepat memperkemaskinikan persiapan diri kali ini lebih lebih lagi di khalayak ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan