Nuffnang

Isnin, 9 April 2012

Diana Amir - Google Blog Search

Diana Amir - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Diana Amir</b> masih mencari

Posted: 03 Apr 2012 03:00 AM PDT

Selepas menerima hidayah untuk terus memakai hijab, Diana masih belum bersedia memikirkan soal kahwin atau mencari pasangan hidup kerana merasakan masih banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadi isteri yang diredhai ilahi. 

Diana turut menjelaskan poster-poster filem yang diambil tanpa memakai tudung. Antara filem tersebut adalah, "3 Temujanji" yang akan menemui penonton pada 5 April ini. 

"Ketika itu saya tidak bertudung, jika anda melihat poster atau gambar saya tidak menutup kepala itu, semuanya di ambil sebelum saya berhijrah. Diharap selepas penjelasan ini, mereka yang gemar mengkritik akan lebih memahami situasi saya." 

Ditanya mengenai fenomena artis bertudung yang kebanyakkannya akan menamatkan zaman bujang dan adakah dia turut sama akan mengikuti jejak mereka, Diana berkata, "Saya memakai tudung bukan kerana lelaki. Justeru itu, isu mengenai mahu berkahwin itu tidak tepat. Masih terlalu awal rasanya untuk membincangkan hal berkaitan jodoh ini." 

Diminta mengulas lebih lanjut ciri-ciri lelaki yang diinginkan, Diana yang berusia 26 tahun ini turut berkongsi cerita. 

"Jika saya meletakkan syarat terhadap lelaki seperti apa pula kan, tetapi jika jodoh saya sampai, biarlah saya ditemukan dengan lelaki yang berpelajaran tinggi, yang paling penting, ilmu agamanya mestilah lebih tinggi dari saya. Ini kerana saya sendiri masih banyak yang perlu dipelajari. InsyaAllah, jodoh itu ada, cuma belum sampai lagi." 

Diana turut menambah jika diberi pilihan, dia seboleh-bolehnya ingin mengelak dari mengahwini mereka yang dari golongan artis juga kerana dia tahu dunia artis sepertinya sekarang banyak cabaran yang harus ditempuh. 

"Kalau boleh saya tak mahu berkahwin dengan rakan artis juga. Biarlah dia dari golongan biasa sahaja. Saya tahu saya macam mana dan jika dia juga dari golongan artis, saya takut perkara yang saya cuba jaga tidak tahan lama," ujar Diana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan