Fizz Fairuz - Google Blog Search |
“Saya Jangkakan Adi Putra Menang” – <b>Fizz Fairuz</b>, Pelakon TV <b>...</b> Posted: 09 Apr 2012 11:19 AM PDT Rezeki ditangan Tuhan, itulah perkataan yang berulang-ulang kali diulang oleh Fizz Fairuz ketika ditemubual oleh wartawan OHBULAN!. Selepas hampir 16 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, buat pertama kali, Fizz Fairuz atau nama sebenar Mohd Fairuz Bin Zainal Abidin, 33, akhirnya telah diiktiraf sebagai pemenang bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011). Tampil sebagai 5 finalis akhir bersama Aaron Aziz, Fauzi Nawazi, Adi Putra dan Remy Ishak, Fizz tidak menyangka bahawa dia mampu mengalahkan mereka semua. "Saya tak sangka yang diri saya akan menang sebab saya rasa masih belum sampai masa untuk saya dinobatkan sebagai pelakon TV terbaik. Saya sangat terkejut bila nama saya disebut. Saya rasa dunia sepi sebentar," ujar Fizz memulakan perbualan. Lebih dikenali melalui drama di televisyen berbanding filem, Fizz Fairuz sudah berlakon lebih 30 buah drama sejak penglibatannya dalam industri hiburan. Namun begitu, drama bersiri Nur Kasih adalah drama yang telah melonjakkan nama Fizz dimata peminatnya selain mampu melakonkan pelbagai jenis watak samada serius, humor ataupun romantik. Ditanya mengenai perasaan selepas memenangi anugerah yang berprestij itu, Fizz memberitahu bahawa perasaannya gembira bercampur terkejut sehinggakan dia tidak dapat membuat ucapan dengan sempurna selepas dianugerahkan trofi. "Perasaan itu gembira tapi kegembiraan yg mengejutkan. Apa yang saya nak cakap, apa yang saya nak buat? Perasaan saya bercampur aduk kerana saya dikelilingi oleh bintang-bintang yang hebat," jelas Fizz. Fizz yang tidak menyangka bahawa dia mampu merangkul trofi itu, memberitahu antara faktor yang membantu dia memenangi trofi tersebut mungkin disebabkan dia selalu menghadirkan diri ke Jelajah ABPBH 2011. Fizz juga sebenarnya hanya menjangkakan bahawa Adi Putra yang bakal memenangi trofi tersebut. "Saya jangkakan Adi Putra menang, namun betullah kata orang, rezeki itu terletak di tangan Tuhan," ujar Fizz mengakhiri perbualan. |
BERITA ARTIS - ABPBH 2011 - <b>Fizz Fairuz</b> Hadiah Kemenangan <b>...</b> Posted: 08 Apr 2012 09:05 PM PDT "Saya rasa kerdil, saya rasa kecil. Saya tak pernah sangka saya akan menang trofi ini. Saya memang terkejut dan memang saya tak tahu nak cakap apa saat nama saya diumumkan ". Begitulah kata-kata yang terpacul dari mulut pelakon Fizz Fairuz ketika ditemubual Gua bertanyakan perasaan pelakon ini selepas berjaya memenangi Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, (ABPBH) 2011 malam tadi. " Terima kasih kepada semua peminat yang undi saya. Saya doakan anda semua murah rezeki. Selepas 10 tahun saya dalam industri, saya dapat anugerah ini. Alhamdulillah. Saya tujukan kemenangan ini buat mak saya, dan juga arwah ayah saya ", ujar Fizz dalam nada sebak. " Abang Rosyam Nor sendiri cakap dengan saya, bila dapat anugerah ini bukan tanggungjawab yang kecil sebaliknya menuntut saya untuk beri yang lebih baik lagi. Saya sangat hargai pemberian ini dan ianya memotivasikan saya untuk berusaha memberikan yang terbaik kepada peminat di luar sana ". Pelakon yang berasal dari Raub, Pahang ini juga mengakui sesi jelajah ABPBH bersama peminat membawanya lebih dekat dengan mereka. Fizz memberitahu ada tika beliau diasak pelbagai persoalan yang hampir mematahkan semangatnya untuk terus berkarya. "Ada orang cakap dengan saya, zaman saya dah tamat. Saya pun ada terfikir bolehkah saya bertahan dalam industri ini. Alhamdulillah, saya masih kuat untuk teruskan bidang ini dan Tuhan beri saya rezeki malam ini ". Fizz turut memberitahu beliau cukup terharu apabila Aaron Aziz turut sama ke pentas sewaktu pemberian anugerah Pelakon TV Lelaki Popular itu. " Aaron Aziz 'best friend' saya. Jadi bila dia naik dan peluk saya lepas saya menang, saya rasa sangat tersentuh". GUA ucapkan tahniah pada Fizz dan semoga Fizz dapat terus memberikan yang terbaik dalam dunia lakonan tanahair. |
You are subscribed to email updates from Fizz Fairuz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan