Nuffnang

Selasa, 17 April 2012

siti nordiana - Google Blog Search

siti nordiana - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>siti nordiana</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2012 07:34 AM PDT


<b>Siti Nordiana</b> – Kurik Kundi | Siti Nurhaliza

Posted: 31 Jan 2012 06:11 PM PST


Siti Nordiana menyanyikan lagu Kurik Kundi di Malam Alunan Gemilang…nyanyian asal idola beliau sendiri, Siti Nurhaliza.
Video Rating: 0 / 5

<b>Siti Nordiana</b> Hapus Dendam | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 06 Jan 2011 06:18 PM PST

PETALING JAYA, 7 Jan Penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 27, yang sebelum ini begitu kecewa dengan keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon Faizal Yusop,33, mengakui tidak lagi menyimpan dendam terhadap isteri bekas suaminya, Rosmunira Rashid, 27.

Siti Nordiana mengaku sebelum ini hatinya pernah terluka kerana perpisahan itu sehingga menganggap Rosmunira sebagai penyebab keruntuhan rumah tangganya.

Bagaimanapun, selepas kematian Faizal pada 1 Januari lalu, perasaan tersebut hilang, sebaliknya berubah menjadi simpati.

"Sebelum ini saya beranggapan buruk kepada dia (Rosmunira) dan tidak pernah terfikir untuk berbaik. Namun ketika kali pertama berjumpanya di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pada hari kematian Faizal, perasaan tersebut bertukar menjadi simpati.

Rosmunira (kiri) menyiram air mawar di pusara arwah suaminya yang meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

"Segala yang saya fikirkan tentang dia selama ini lain sama sekali. Saya menganggap penderitaan dia yang kehilangan suami ketika sedang mengandung lebih perit daripada saya yang diceraikan ketika anak sedang membesar," ujarnya ketika dihubungi media

Pelakon Mohd Faizal Yusop meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam pada 1 Januari lalu kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosmunira yang sedang mengandung 5 bulan dan seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan Siti Nordiana iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, yang kini berusia 2 tahun 9 bulan.

Siti Nordiana berkata, hubungan dia dan balu Allahyarham menjadi lebih akrab selepas peristiwa sedih itu dan menganggap kejadian tersebut memberi satu hikmah buat mereka.

"Bila saya fikir sudah setahun saya bercerai dan mengapa perlu menyimpan perasaan marah terhadap orang lain.

Faizal Yusof

"Anak dalam kandungan Rosmunira juga adik kandung kepada Rayyan. Dia juga melayan saya dengan baik walaupun kami tidak pernah berjumpa sebelum ini.

"Sekarang ini kami sering berhubung melalui telefon dan SMS untuk mengetahui keadaan masing-masing. Dia juga meminta kebenaran saya untuk menjaga Rayyan beberapa hari bagi mengisi kesunyian dan kerinduan terhadap Allahyarham," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebelum meninggal dunia, Allahyarham meminta mereka berdua agar berbaik.

"Rosmunira ada beritahu saya sebelum meninggal dunia, Faizal pernah banyak kali meminta agar kami dapat berbaik dan tidak lagi berdendam," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang riak wajahnya yang dikatakan kelihatan seolah-olah tidak begitu sedih pada hari kematian tersebut, dia memberitahu tidak mampu untuk menangis lagi.

"Saya sangat sedih sehinggakan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan air mata. Ketika Allahyarham nazak saya berada di sisinya. Namun begitu saya juga tidak mahu anak saya lihat saya terus berkeadaan begitu.

"Rayyan sendiri bertanya kepada saya mengapa semua menangis di hadapan ayahnya," katanya.

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>siti nordiana</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Apr 2012 07:18 AM PDT


TheBlackstar973&#39;s Channel: Gurauan Berkasih-Achik & <b>Siti Nordiana</b>

Posted: 18 Mar 2012 12:01 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Gurauan Berkasih-Achik & Siti Nordiana. Dicatat oleh Theblackstar973 (Joe IV) di 00:01 · Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook. Reaksi: 0 ulasan: Post a Comment. Newer Post Older Post Home. Subscribe to: ...

jom singgah blog amy: <b>Siti Nordiana</b> di UIA Kuantan..

Posted: 10 Mar 2012 07:43 AM PST


Assalamualaikum.....


Sape minat Siti Nordiana?? sila angkat kening,hehe...Saya ni sebenarnya bukan la peminat Siti Nordiana, minat sket2 tu ade la jgk.. Sempena Muslim Youth Week yang diadakan kat UIA ni, diorang ade jemput Siti Nordiana untuk buat persembahan sempena opening ceremony..Mula2 tu tak plan pon nak pegi...Time dinner dengan kawan2, tibe2 my roomate, aminah ajak pegi, so, kebetulan rase cam takde keje je, saya pon pegi...


Mula2 sampai tu, majlis baru nak start... First skali ucapan alu-aluan, then perasmian opening ceremony tu... pastu ade sorang budak UIA ni menyanyi, bley tahan jugak la suara die, nyanyi lagu ape tak sure plak sebab tak penah dengar lagu tu... After that, baru la Siti Nordiana buat persembahan :)) Orangnya cantik, tambah2 lagi sekarang sudah berhijab, makin bertambah la kecantikannya...Hurm, first song ialah Paling Comel, die berduet dengan budak UIA yang da menyanyi sebelum tu... Budak2 UIA ni sume enjoy dengan persembahan nya, sebab yela, masing2 da stress blaja, so this time memang nak enjoy + hiburkan hati.. Lepas tu, Nana teruskan persembahan dengan lagu Makin Jelas, tu lagu dalam album terbaru die... Yang paling best sebab die nyanyi my favourite song, LOVE YOU LIKE A LOVE SONG... Yang lawaknya, die cam teragak2 nak nyanyi ke tak lagu Selena Gomez tu sebab die ingat kat UIA xbley nyanyi lagu rancak2,haha...Ops, lupa nak cakap sume hadirin tu sisters ye... Nanti ade yang salah anggap plak cakap budak UIA nyanyi di khalayak ramai,hehe... So, tak menjadi masalah la nak menyanyi ke, menari ke, sebab sume girls kan :))  
Then, die nyanyi lagu someone like you, tapi tak abes sebab die tak prepare pon nak nyanyi lagu tu..Die nyanyi sebab nak penuhi request daripada principal mahallah,hehe...Mahallah tu hostel..kat UIA ni kitorang panggil mahallah.. Budak2 foreigner pon nampak enjoy jugak even diorang tak paham masa nana nyanyi lagu paling comel n makin jelas tu... Ade sorang budak UIA ni ambil kesempatan menari bersama nana waktu nana nyanyi lagu terakhir, Bakawali (lagu tu duet ngn Syura), & yang bertuahnya Nana bagi tudung free kat die..


Secara overall nya, Okla persembahan die...Kitorang enjoy la...Tapi tak sempat nak amik gambar sebab belum sempat abes la majlis kitorang da meninggalkan auditorium Kuliyyah of Science tu... Ape yang penting, Nana cantik berhijab..Moga pasni ramai lagi artis2 yang ikot jejak langkah Nana...For Nana, good luck in your career ;))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan