Nuffnang

Isnin, 7 Mei 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


Hubungan <b>Aliff Aziz</b> dan Anne Ngasri Berserah

Posted: 05 May 2012 04:07 AM PDT

Hubungan Aliff Aziz dan Anne Ngasri ok? Ikuti interview tentang hubungan Anne Ngasri dan Aliff Aziz dibawah.

Bermula dengn perbualan di lokasi penggambaran 'Antara Kita' pada awal januari lalu, siapa sangka menjadi titik permulaan terjalinnya hubungan persahabatan di antara Anne Ngasri yang juga pelakon dan Aliff Aziz penyayi Singapura yang menempah nama di Malaysia.

Anne dan Aliff berserah kepada takdir menentukan sejuh manakah perjalanan hubungan mereka mampu pergi. Pasangan ini tidak menafikan mahupun mengiakan apa yang tersirat sebalik hubungan mesra mereka.

Namun demikian, dengan melihat karakter sahaja kita sudah boleh merasai dan melihat raut wajah bahagia yang mula melingkari kehidupan dua figura ini.

"Kami menyerahkan kepada takdir serta jodoh yang ditentukan kepada Allah SWT, Alhamdulillah, hubungan kami berjalan dengan lancar.

"Buat masa ini, kami sama-sama meletakkan kerjaya seni sebagai fokus utama dan kami berharap tiada pihak yang memberi tekanan untuk mengetahui bila kami akan menamatkan zaman bujang.

"Berikan kami ruang yang sewajarnya dahulu dan apabila tiba masa sesuai, barulah kami bersedia untuk bercakap lebih dari itu" kata Aliff Aziz mengenai hubungannya dengan aktres Anne Ngasri.

Bimbang peminat dan masyarakat akan muak dengan cerita mengenai hubungan mereka. Menurut Anne, sebolehnya beliau enggan lagi menjaja cerita mengenai hubungannya dengan Aliff. Di khuatiri peminat dan masyarakat akan muak dengan cerita mengenai hubungan mereka.

"Sejujurnya, saya enggan terus memperkatakan tentang hubungan dengan Aliff. Bimbang nanti ada pula yang tersalah tafsir dan menganggap kami sengaja menunjuk-nunjuk kepada umum.

"Sebelum ini, saya telah mendedahkan kepada umum sebab orang nak tahu. Bila masyarakat dah sedia maklum kini, saya rasa tidak perlulah lagi untuk saya terus-terusan memperkatakan tentang hubungan ini. Kalau boleh, biarlah ada hadnya," jelasnya.

Doa yang terbaik – Anne Ngasri

Anne berkata, keputusan untuk tidak lagi menjelaskan dan menceritakan tentang hubungan mereka ini bukan kerana hubungan mereka berantakan tetapi khuatir jika ada pihak yang mendoakan perkara tidak baik.

Katanya, dia juga perlu memikirkan perasaan anak-anaknya dan bimbang akan memalukan mereka pada masa akan datang.

"Saya bimbang nanti bila orang menyampah, orang akan mendoakan perkara yang tidak baik. Jadi, biar kami jalani hubungan ini dengan cara kami sendiri dan dalam masa yang sama, kami harap orang akan doakan yang terbaik.

"Lagi pula, saya bukan lagi membawa nama saya seorang, saya kini membawa nama dan maruah tiga anak saya di belakang saya. So saya perlu fikirkan perasaan mereka juga bila ada pihak yang mungkin akan mengata ibu mereka nanti," katanya.

Tmbh Anne lagi, apa yang penting, hubungannya dengan Aliff sudah mendapat restu keluarga dan anak-anaknya sekaligus menerima Aliff seadanya.

"Buat masa ini, keluarga tiada sebarang masalah dengan Aliff dan mereka menerima hubungan kami. Anak-anak juga demikian, malah mereka memanggil Aliff dengan panggilan 'daddy'," katanya.

Anne Kini Bertudung

Perkembangan terkini Anne, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Opah dan Cinta Vilog.

Namun di sebalik itu, ada sesetengah pihak mengatakan, Anne kini jarang muncul di kaca televisyen adalah kerana merajuk setelah beberapa pihak mempertikaikan keikhlasannya bertudung.

"Saya rasa tidak ada sebab untuk saya merajuk. Malah, ia juga isu lama yang tak perlu lagi untuk diungkit. Sebenarnya saya masih aktif, cuma sekarang saya jarang muncul di media massa.

"Malah, ada kalanya, saya juga memenuhi beberapa undangan mengacarakan majlis korporat. So, khabar angin orang yang mengatakan saya merajuk tidak benar," katanya yang kini turut sibuk menguruskan perniagaan yang masih dirahsiakan.

Selain mengacara dan berlakon, Anne juga baru sahaja menyambung kontrak sebagai duta produk Frozen Food dan Alima selama setahun lagi.

Anne banyak ubah hidup saya – Aliff

Jika selama ini Aliff dikenali sebagai jejaka romeo, namun segalanya berubah setelah dia mengenali wanita bernama Nasriah Ngasri atau Anne.

Menurut Alif, Anne telah banyak mengubah hidupnya dan mengajar tentang norma-norma hidup seorang lelaki yang baik.

"Sejak saya kenal dengan dia, dia banyak mengubah dan mengajar saya untuk ke arah yang lebih baik. Malah, saya juga banyak mengubah tabiat buruk saya yang tidak elok sebelum ini.

"Jika ada masa terluang, saya lebih senang duduk di rumah dan berlatih menyanyi dan sebagainya," katanya.

Namun, apabila menyentuh tentang perancangan masa depannya, sama ada Aliff mahu berhijrah ke Malaysia sama seperti Aaron Aziz, jejaka berusia 21 tahun ini lebih selesa untuk tidak memberi komen tentang perkara itu.

"Bagi saya, ia masih terlalu awal untuk saya perkatakan tentang perkara ini. Selain itu, saya rasa isu ini sangat sensitif untuk saya perkatakan," katanya.

Selain bakal melancarkan album ketiganya minggu depan, Aliff juga turut sibuk dengan bidang lakonan di negara ini dan kini sedang menjalani penggambaran Cinta Vilog.

Aliff Aziz Elak kontroversi

Menyentuh mengenai kontroversi yang sering mengiringi karier Aliff Aziz sebelum ini, beliaumengakui kesilapannya sebelum ini yang sebolehnya enggan melalui apa-apa lagi kontroversi selepas ini.

"Saya tidak salahkan mana-mana pihak bila mereka mengutarakan tentang perkara negatif yang pernah berlaku kepada saya.

"Namun ingin saya tegaskan, hal-hal kontroversi itu tidak pernah saya fikirkan akan menjadi perkara yang besar.

"Selepas ini, saya akan pastikan tidak lagi terlibat dengan hal yang boleh memburukkan nama saya," katanya.

Rating: 10.0/10 (2 votes cast)
Hubungan Aliff Aziz dan Anne Ngasri Berserah, 10.0 out of 10 based on 2 ratings

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan