Nuffnang

Isnin, 7 Mei 2012

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


<b>Jamal Abdillah</b> Enggan Kahwin Kerana Nafsu

Posted: 02 May 2012 09:15 PM PDT

KUALA LUMPUR – Penyanyi legenda, Jamal Ubaidillah Haji Ali,53, enggan berkahwin buat masa sekarang hanya kerana berlandaskan nafsu walaupun dia mengakui mempunyai perasaan untuk bercinta dan berkahwin lain.

Menurut penyanyi yang sudah pun menduda selama lima tahun itu, dia lebih selesa untuk hidup sendirian dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya seninya.

"Saya lebih selesa hidup solo buat masa ini. Bohong kalau saya kata tiada perasaan hendak bercinta lagi. Kalau ada (teman wanita) sekarang, adalah. Kalau tiada, tidak mengapa.

"Kalau hendak mencari teman wanita dan berkahwin sekarang semata mahu memenuhi keperluan semata-mata, itu makna perkahwinan berlandaskan nafsu. Dalam soal ini, saya belum ada getaran untuk mencintai orang lain sepenuh hati dan mendirikan rumah tangga semula tambahan pula sibuk dengan karier," kata Jamal seperti dalam portal Murai.com.

Baru-baru ini, bapa kepada Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani itu dikatakan sedang intim mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang berpangkat Datin.

Bagaimanapun, Jamal menangkis dakwaan gosip tersebut dan menyatakan dia mempunyai ramai kenalan dari golongan yang berpangkat Datin.

Justeru itu, Jamal menegaskan dia hanya berkawan dengan wanita yang dimaksudkan itu dan tidak berniat untuk menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan kerjayanya, Jamal sekali lagi akan beraksi dalam sebuah persembahan bagi menghargai kaum ibu bersempena dengan sambutan Hari Ibu.

Persembahan yang bakal berlangsung di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC) anjuran MSiS Events & Services akan bermula pada jam 8 malam, 6 Mei ini.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Komen