Nuffnang

Isnin, 7 Mei 2012

Nubhan - Google Blog Search

Nubhan - Google Blog Search


Mr. E&#39;raz Fadli: Picisan - Single Terbaru <b>Nubhan</b> Terbitan Syarikat <b>...</b>

Posted: 07 May 2012 07:21 PM PDT

Picisan (Ciptaan Lagu : Taja MUH, Lirik : Ad Samad) - Single Terbaru Nubhan Terbitan Syarikat Sendiri, Nubhan Record & Production. Bakal Muncul dalam filem Lagenda Budak Setan 3?
Single terakhir Nubhan ialah Mata Hati.. Mesti korang pernah dengar kan lagu tu.. Lagu tu nyaris-nyaris berjaya masuk ke Final AJL tahun ni tetapi tersangkut Top 5 di Separuh Akhir Minggu Pertama.. Tapi sekarang, Nubhan akan muncul dengan single terbaru Ciptaan Taja MUH, Ad Samad iaitu Picisan.. Harap-harap lagu ni akan menaikkan kembali nama Nub.. Akan menghasilkan Video Klip dalam terdekat dan harap-harap video klip tu dapat membantu popularkan lagu tu..
Nampaknya Nubhan sekarang aktif bergerak dengan syarikatnya sendiri iaitu Nubhan Record & Production yang aktif 2 tahun yang lepas.. Tahniah Nub.. Tiba-tiba rindu nak jumpa Nubies!
Ini keratan artikel terbaru Nubhan di dalam Harian Metro.. Siapa-siapa yang mampu baca artikel ni (sebab panjang), boleh baca.. Peace..
--------------------------------
AGAK lama mendiamkan diri bukan bererti Ahmad Nubhan Ahamad merajuk daripada industri, tetapi sebaliknya sibuk membuat persediaan untuk muncul dengan single terbaru berjudul Picisan terbitan syarikatnya sendiri, Nubhan Record & Production, yang ditubuhkan hampir tiga tahun lalu.
Menurut Nubhan, walaupun dia hanya menghasilkan satu lagu, kerana sifat cerewet dan berhati-hatinya, menyebabkan lagu itu lama untuk disiapkan. Picisan ciptaan Taja (Meet Uncle Hussain) dan lirik hasil nukilan Ad Samad. 
"Saya akan menghasilkan klip video dalam masa terdekat dan berharap lagu itu melenyapkan keresahan peminat yang menunggu kemunculan lagu baru saya. Sebelum memilih lagu Picisan, saya dapat 30 pita demo lagu baru. Untuk memilih satu daripadanya saja mengambil masa agak lama kerana saya mesti berhati-hati kerana ia bukan saja membabitkan apa yang saya suka tetapi juga melodi yang memenuhi selera peminat. 
"Walaupun segala keputusan saya buat tetapi tak boleh syok sendiri. Picisan diibaratkan anak sulung saya, oleh itu saya mahu segala yang terbaik dan sempurna untuk menyambut 'kelahirannya'.
"Kalau boleh saya mahu meminimumkan segala risiko. Sebelum ini saya bernaung di bawah label lain yang sudah siap segalanya tetapi sekarang saya terpaksa bergerak sendiri di mana saya perlu belajar dan bermula daripada bawah semula.
"Saya sangat berharap projek pertama ini berjaya dan kepada peminat di luar sana, saya amat memerlukan sokongan anda. Picisan akan mula dilancarkan pada bulan ini juga. Penceritaan dalam lagu ini mengisahkan harapan dua insan yang bercinta agar percintaan diharungi mereka akan berkekalan selamanya," katanya. 
Tambah Nubhan, ketika dalam proses pemilihan lagu dia menitikberatkan melodi dan lirik. Dia tertarik dengan lagu Picisan kerana ia menyelitkan pengajaran kepada pendengar. 
Sebelum ini Nubhan pernah popular dengan lagu Oh Juwita, Patah Hati, Seadanya Aku dan Ada Untukmu. Semua lagu itu dimuatkan dalam album penuhnya yang berjudul Langkah Nubhan. 
"Lagu bukan hanya untuk hiburan semata-mata tetapi perlu disuntik elemen nasihat dan panduan kepada pendengar. Saya mahu lagu saya orang suka kerana mereka yang akan menentukan kedudukan saya dalam industri. 
"Dengan adanya syarikat rekod dan pengurusan sendiri, saya boleh menentukan hala tuju. Sebelum ini saya terpaksa ikut apa yang sudah ditentukan untuk saya. 
Perkara yang sudah lepas tidak perlulah diungkit lagi, pun begitu saya akan menjadikannya sebagai ukuran untuk saya meneruskan langkah seterusnya. 
"Kini saya bebas berkarya dan saya dapat buat seperti apa yang dimahukan. Sebenarnya Nubhan Record sudah ditubuhkan lebih dua tahun lalu tetapi ia tidak begitu aktif. Penubuhan syarikat itu sebagai persediaan sekiranya terjadi apa-apa dan selepas syarikat rakaman yang saya naungi ditutup, terus saya aktifkan Nubhan Record. 
"Saya selalu buat pelan A dan pelan B kerana untuk berjaya kita tidak boleh bergantung kepada orang lain," katanya. 
Meluahkan rasa yang terpendam, ujar Nubhan ketika dia baru keluar dari AF6, dia tidak tahu langsung mengenai industri hiburan dan apa yang dilakukannya menurut saja apa yang dirancangkan untuknya. Dengan perjalanan masa, dia belajar sedikit demi sedikit. 
Sebagai anak seni, dia juga mencabar dirinya untuk mencuba dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Bersama RTM, dia pernah mengendalikan rancangan In Trend selama tiga musim dan dia juga berlakon dalam filem Lagenda Budak Setan 1 dan 3. 
Bercerita lanjut mengenai perancangan seterusnya, jelas Nubhan dia akan menghasilkan lagu satu persatu dan barulah akan dikumpulkan semua lagu itu di dalam satu album. 
"Dengan cara itu semua lagu saya sudah mesra di telinga pendengar dan album kompilasi itu nanti boleh dijadikan koleksi," katanya. 
Nubhan ditemui di gerai radio internet, Goal.FM pada Pameran Industri Sukan Malaysia 2012 anjuran Majlis Belia Malaysia yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, minggu lalu. 
Goal.FM bersiaran secara langsung dari sana. Artis lain hadir sama termasuk Iqwal, Azam Pitt, Wesley Duby, Azmeer Arif, Norish Karman, Rem, Chanel Shanty dan Sam Rawk School. 
Ketua Pegawai Eksekutif Goal.FM, Datuk Shafiq Rizal Shaaban, turut muncul di gerai Goal.FM dan mereka juga menerima kunjungan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang datang melancarkan pameran itu.
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :


Entri menarik yang perlu korang terjah :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan