Nuffnang

Isnin, 7 Mei 2012

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


Saya Bukan Kepala Batu – <b>Rita Rudaini</b> |

Posted: 17 Apr 2012 01:41 AM PDT

Walaupun ramai pihak yang menunding jari kepada Aidil sebagai punca penceraian dengan Rita Rudaini baru-baru ini, namun ada segelintir pihak yang mendakwa Rita Rudaini menjadi punca perceraian apabila dia dikatakan seorang keras kepala kerana lewat menghulurkan salam kemaafan kepada keluarga mentua.

rita rudaini baru

Bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia, Rita pantas menafikan yang dia merupakan seorang kepala batu. Kata Rita:-

Beritahu saya, keras kepala dari segi apa? Saya dan keluarga mentua dah berjumpa, dah minta maaf dan buang semua yang keruh dan ambil yang jernih. Dah selesai semua. Saya akui pernah berjumpa (keluarga mentua) masa mengandungkan anak (kedua) saya tujuh bulan. Dan masa saya melahirkan anak pun, mak mentua saya ada di hospital. Jadi kenapa kata saya keras kepala?

Ditanya sama ada wujud gangguan daripada keluarga mentua sehingga terjadinya penceraian, Rita berkata:-

Saya tak nak cakap apa-apa. Hanya Tuhan yang tahu segalanya dan boleh balas semuanya. Kebenaran bagi saya akan terbukti jua dan Tuhan tak akan tutup keburukan itu terlalu lama

Rita juga menyatakan yang dia tidak kesal dengan penceraian kali kedua ini:-

Tentu sekali tidak. Saya perlukan lelaki yang tegas untuk melindungi saya dan anak-anak. Walau apa pun yang terjadi atau masalah yang timbul, saya nak lelaki matang, tegas dan tak lari daripada masalah. Tapi bila ada benda terjadi (perselisihan), saya dan anak ditinggalkan. Seorang suami kena kuat, tapi kenapa saya pula yang jadi mummy dan daddy buat anak-anak saya (bila ditinggalkan). Padahal, semua isteri perlukan perlindungan, kasih sayang daripada seorang suami dan bapa pada anak-anak.

Ditanya adakah tiada perasaan cinta dan rasa mahu mempertahankan mahligai rumah tangganya daripada hancur, Rita berkata:-

Apa yang saya boleh cakap, mungkin bahagia itu ada, tapi boleh dikira dengan jari, tapi saya bertahan sebab saya nak yang terbaik, bukan untuk saya tetapi untuk anak-anak. Kalau benar perceraian itu adalah takdir hidup saya, saya reda, bersyukur dan tak nak menyesal. Terima kasih atas segala-galanya buat Aidil, beri saya dua cahaya mata. Saya tak nak bersedih sebab sampai sekarang anak-anak masih di sisi dan merekalah kekuatan dan kebahagiaan saya. Saya nak anak-anak lebih bahagia dan tiada lagi masalah seperti sebelum ini sebab mereka adalah tumpuan saya. Saya nak cari rezeki dan besarkan anak-anak dan saya berdoa tak ada siapa boleh pisahkan saya dengan anak-anak. Hanya Tuhan saja boleh pisahkan kami dan saya tak nak menangisi masa silam sebab saya susah nak menangis dan tak suka menangis,

Apa pun Abang Nara respek apabila mendengar kata-kata Rita yang tampak yakin menempuh kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bersama 2 orang anaknya:-

Alhamdulillah, saya masih boleh bertahan sejak hari pertama berkahwin sampai ke hari ini. Jujurnya, saya berkahwin sebab rasa cinta, bukan sebab harta. Saya bukan jenis memilih duit, tapi bila dah berkahwin dan jadi begini saya sedih. Duit boleh dicari tapi kasih sayang tidak boleh dijual beli

Semoga episod duka ini dapat dipadamkan dengan segera di dalam memori Rita sekaligus dapat hidup bahagia di samping anak-anak yang tercinta. Kredit berita Utusan Malaysia.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan