Nuffnang

Isnin, 28 Mei 2012

Lisa Surihani - Google Blog Search

Lisa Surihani - Google Blog Search


<b>Lisa Surihani</b> Sudah Berisi | MyNewsHub

Posted: 25 May 2012 04:51 AM PDT

GUA pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan sama cantik sama padan, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani menimang cahaya mata. Jika Lisa mengandung, pasti ramai peminat setianya yang akan gembira dengan berita tersebut. Malah, GUA juga boleh bayangkan, anak mereka nanti pasti comel seperti ibu bapanya juga. Namun, tajuk di atas bukan bermaksud Lisa sudah berisi atau dalam istilah lain sudah hamil, namun berisi yang dimaksudkan ialah dari segi penampilan fizikal beliau sekarang.

"Ramai yang tegur penampilan Lisa sekarang yang agak berisi sedikit. Tidak dinafikan, selepas berkahwin, berat Lisa dah naik iaitu dari 46 ke 50kilogram sekarang. Alhamdulillah, sama juga seperti kehidupan orang lain selepas berkahwin, Lisa bersyukur sangat dengan kehidupan sekarang," ujar Lisa memberitahu tanggal 23 Mei lalu genap 3 bulan usia perkahwinan mereka.

"Ia satu proses yang sangat seronok. Walaupun sibuk, namun masing-masing saling memahami sebab dalam satu industri. Kami merancang masa dan walau sesibuk manapun, kami akan tetap berusaha untuk luangkan masa bersama-sama.

"Malah, ketika Lisa shooting filem 'Dendam Orang Mati' hari itu, Yusry juga akan datang ke lokasi dan buat kerja dia di sana. Macam sekarang, Yusry sedang sibuk dengan 'post-production' filem 'Vikingdom' dan juga '29 Februari', namun kami akan cuba juga cari waktu bersama."

GUA sempat bertanya kepada Lisa sama ada dia sudah memasak untuk suami kesayangannya itu dan Lisa memberitahu, "Saya pernah masak untuk Yusry. Bagi Lisa, Yusry seorang yang 'simple' dan tidak cerewet. Dia tidak suka dengan makanan Korea dan Itali di mana Yusry adalah peminat besar makanan laut terutamanya ketam. Lisa gembira bila tengok Yusry menikmati ketam dengan bersungguh-sungguh."

Sebelum ini timbul cerita kononnya Lisa 'menghalau' Yusry dari lokasi penggambaran 'Dendam Orang Mati' dan Lisa memberitahu, " Saya bukan halau cuma saya tak bagi dia datang ke set sebab waktu itu saya ada satu babak berat.

"Saya kena buat babak mengamuk dan jika saya tahu dia datang, saya tak boleh nak buat. Ini kerana saya akan cair bila melihat muka dia. Saya hanya bagi dia datang selepas selesai buat babak tersebut. Sebelum ini pun ketika kami sama-sama berlakon filem 'Ular' dan memerlukan babak kami memandang antara satu sama lain, Lisa tak boleh buat. Malah, menjadi persoalan juga di sini, adakah Lisa mampu bekerja di bawah arahan dia selepas ini. Apapun, Lisa rasa memang tak boleh kerana bila tengok wajah dia saja, Lisa akan cair."

Menyentuh soal anak pula, Lisa memberitahu menyerahkan segalanya kepada rezeki dan mengakui tidak merancang mengenai soal cahaya mata. Dalam pada masa yang sama, Lisa yang bakal muncul dengan filem 'Saya Amat Mencintaimu' dan 'Istanbul Akan Datang' pada bulan Ogos ini juga turut memberitahu tidak sabar untuk berpindah ke rumah baru mereka nanti. – petikan dari Gua.com.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan