Lisdawati - Google Blog Search |
Drama Bersiri Cinta Shanxi Lakonan <b>Lisdawati</b> & Ako Mustafa - Budiey Posted: 24 Apr 2012 03:40 AM PDT Lokasi Shanxi, China Tarikan Drama Bersiri Cinta Shanxi Lakonan Lisdawati dan Ako Mustafa Di TV1 Lokasi penggambaran bukanlah penentu kejayaan sesebuah drama atau filem namun, lokasi menarik juga antara faktor daya tarikan buat penonton untuk menonton sesebuah drama kerana ia lebih kelihatan eksklusif, berbeza dengan pemandangan sedia ada di Malaysia. Lalu berlatarbelakangkan perkampungan kecil di daerah Taiyuan dan kawasan Shanxi di China pastinya banyak pengalaman indah ingin dikongsi sama penonton RTM dalam sebuah drama 13 episod terbaharu bertajuk Cinta Shanxi yang disiarkan setiap Rabu, jam 9.00 malam mulai 18 April depan. Plot kisah percintaan dan kekeluargaan menarik lakonan Lisdawati, Ako Mustafa, Amyza Aznan, Anne Ngasri, Aidil Aziz dan Rashidah Jaafar ini mengetengahkan lokasi dua negara yang 'disatukan' menerusi watak Zarul, pemuda dari Malaysia jatuh cinta dengan Shenly, gadis berketurunan Haan ketika sama-sama menuntut di Shanxi dalam bidang perubatan akupuntur hingga akhirnya mereka berkahwin walaupun ditentang hebat keluarga Zarul. Shenly memeluk agama Islam dan dikenali sebagai Safiah. Momen indah keduanya berkahwin pada musim bunga dan Taiyuan City menjadi saksi cinta mereka antara babak menarik drama ini sebelum diteruskan dengan babak-babak sedih bermula apabila selepas setahun mendirikan rumah tangga, Zarul terpaksa pulang ke Malaysia kerana ayahnya sakit tenat. Namun ibunya Datin Mariam meletakkan syarat Zarul mesti pulang bersendirian kerana dia masih tidak dapat menerima Safiah sebagai menantu. Mulanya Zarul enggan kembali ke Malaysia namun setelah dipujuk Safiah dia bersetuju dan berjanji akan kembali ke Shanxi setelah urusan di Malaysia selesai dan membawa Safiah pulang ke Malaysia. Setelah sebulan Zarul kembali ke Malaysia, Safiah mula merasakan kelainan kerana Zarul hanya menghubunginya buat kali yang terakhir selepas seminggu Zarul tiba di Malaysia. Safiah tidak sabar untuk memaklumkan berita gembira kepada Zarul mengenai kehamilannya. Pernikahan mereka turut tidak disenangi oleh Adi, teman sekuliah mereka yang meminati Safiah. Dia menerima cadangan ibu Zarul untuk memisahkan keduanya dengan menyebar fitnah Zarul curang dengan wanita lain. Safiah benar-benar kecewa. Di Malaysia, Zarul akhirnya telah mengambil alih syarikat ayahnya selepas Datuk Halim meninggal dunia. Wasiat Datuk Halim yang mahukan Zarul meneruskan perniagaan warisan keluarga itu telah membuatkan Zarul tersepit dan akhirnya akur untuk terus menetap di Malaysia. Zarul juga telah berumah tangga bersama Tiara, menantu pilihan Datin Mariam. Datin Mariam bersyukur kerana apa yang dirancang selama ini berjaya. Ketika usia kandungannya berusia 7 bulan, Safiah mengambil keputusan untuk Ke Malayisa dan ingin berjumpa Zarul. Berlaku sebaliknya, Datin Mariam telah menyambut kehadiran Safiah dan dia terkejut Safiah mengandung. Datin Mariam memasang idea untuk merampas anak tersebut daripada Safiah. Rancangannya berjaya. Dia membohongi Safiah bahawa anak yang dilahirkan Safiah telah meninggal dunia. Safiah kecewa lalu membawa diri pulang ke Shanxi. Bertahun berlalu, Zariq, anak lelaki Zarul dan Tiara telah jatuh cinta dengan anak orang gaji yang tinggal dirumah mereka, Zahara. Zahara adalah anak Kamisah, orang gaji yang bekerja di rumah Datin Mariam. Tiara tidak dapat menerima hakikat mengenai hubungan Zariq dengan Zahara. Dia cuba memisahkan Zariq dengan Zahara sehingga sanggup mengugut Kamisah supaya keluar membawa Zahara pergi. Kerana cinta mereka yang mendalam, Zahara dan Zariq tetap utuh bersama. Namun saat Zariq berterus terang untuk mengahwini Zahara, semuanya terbongkar dimana Zahara bukanlah anak kandung Kamisah. Kamisah terpaksa berterus terang bahawa Zahara adalah anak angkatnya. Siapakah Zahara yang sebenarnya? Dapatkah kekejaman dicipta Datin Mariam dibongkarkan dan sekaligus menyatukan kembali pasangan Zarul dan Safiah? Tags: Drama, TV1Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Lisdawati - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan