Nuffnang

Isnin, 28 Mei 2012

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


<b>Neelofa</b> lancar produk kecantikan BellaVita - Tupai

Posted: 18 May 2012 02:00 AM PDT


Mencuri perhatian dengan kisah sensasi, keseksian serta taruhan wajah manis, sememangnya pelakon dan pengacara rancangan televisyen "Nona", Neelofa mudah memikat mata yang memandang.

Tidak ingin menyekat kariernya dengan dunia glamor sahaja, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor turut mahu bergelar usahawan muda. Selepas menceburi perniagaan kasut, kini pelakon "Azura" muncul dengan produk kesihatan pertamanya, BellaVita.

Wanita berusia 23 tahun ini memberitahu idea untuk menghasilkan produk kesihatan ini telah dirancang sejak setahun yang lalu dengan hasil bantuan ibu dan kakaknya, Noor Kartini dan Noor Nabila. 

Menurutnya, BellaVita adalah suplemen kesihatan dan kecantikan yang menggabungkan sinergi dua dunia iaitu moden dan juga tradisional.

"Gaya hidup moden yang sibuk pada masa kini menyebabkan ramai di antara kita tidak mempunyai masa mencukupi untuk menitikberatkan pemakanan yang sihat dan bernutrisi. Oleh sebab itu pengambilan suplemen kesihatan perlu bagi membantu tubuh badan mendapat vitamin dan keperluan nutrien mencukupi," ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran BellaVita di The Royale Bintang, Damansara baru-baru ini.

Jelasnya, BellaVita yang dihasilkan daripada pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengandungi 5000mg peptida kolagen marin premium dari Jepun ini mampu menyokong keanjalan dan keremajaan kulit. Malah ia bermanfaat untuk tulang, sendi, rambut dan kuku serta membuatkan anda tampak muda, sekaligus mengekalkan badan yang sihat secara menyeluruh.

Sejajar dengan slogan "Kecantikan Bermula Dari Dalam Anda", pengambilan makanan tambahan yang bernutrisi seperti BellaVita akan membantu menguatkan sistem imunisasi dan bertindak sebagai agen anti-oksida dalam memperlahankan proses penuaan dengan memerangi radikal bebas yang merosakkan badan dan punca utama penyakit degenaratif.

Sementara itu Neelofa turut memberitahu bahawa mereka bakal mengeluarkan produk kesihatan untuk lelaki dalam masa terdekat ini.

BellaVita boleh didapati melalui stokis berdaftar dan kedai-kedai kesihatan berdekatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan