Nuffnang

Isnin, 28 Mei 2012

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


<b>Nora Danish</b> Doakan Perkahwinan Jejai dan Fasha

Posted: 24 Apr 2012 09:59 PM PDT

Nora Danish doakan perkahwinan Jejai dan Fasha ok? terbuka walaupun kita tak tahu hatinya bagaimana Nora Danish hanya doakan perkahwinan Jejai dan Fasha Sandha tidak lama lagi.

Nora Danish mengesahkan yang beliau tidak akan hadir ke majlis perkahwinan bekas suaminya tersebut Jejai dengan pelakon kontrevesi Fasha Sandha yang bakal berlangsung pada 27 April ini. Menurut Nora, beliau tidak menerima kad jemputan. Selain itu beliau juga tidak akan berada di tanah air ketika hari majlis perkahwinan tersebut berlangsung.

"Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari," ujarnya di majlis pra pelancaran filem 'Mencari Cinta' di Perak Techno-Trade Centre, Ipoh.

"Bagi Nora, tidak menjadi isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, rasanya lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama."

Ditanya sama ada anaknya Putera Rayqal Ramli akan pergi ke majlis perkahwinan ayahnya dan adakah Nora menerima Fasha Sandha untuk menjadi ibu kepada Rayqal. Nora memberitahu, "Saya tak tahu anak akan pergi atau tidak, terpulang. Sebab bila saya pergi umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai.

"Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya 'aunty' sahaja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang."

Nora yang masih terbuka  berhubung baik dengan bekas suaminya itu turut mengharapkan dengan perkahwinannya dengan Fasha, hubungan mereka semua akan kembali jernih.

Diusik bila pula giliran Nora untuk mengikut jejak seperti bekas suaminya itu mendirikan rumahtangga, Nora memberitahu, "Selalunya lelaki yang cepat kahwin kan? Nora tak terfikir lagi kerana ingin fokus terhadap kerjaya seni dan anak dulu. Soal ketentuan jodoh pertemuan, Nora serahkan pada Allah."

"Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat. Amin"

Itulah ucapan terakhir beliau sebelum mengakhiri perbualan. Nora Danish doakan perkahwinan Jejai dan Fasha Sandha berkekalan.

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Nora Danish Doakan Perkahwinan Jejai dan Fasha, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Respons

Tiada ulasan:

Catat Komen