Nuffnang

Jumaat, 11 Mei 2012

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


LAGENDA BUDAK FELDA: <b>Mia Sara</b> & Aizat Amdan : Konflik

Posted: 04 May 2012 12:23 AM PDT

"Awak ada budak lelaki ni suka kat saya..macam mana ni? "
" kawan dulu,tapi saya dah bagitahu yang saya dah ade pakwe tapi dia tetap nak tunggu saya."
" kalau macam tu jom kahwin.kahkahkah."
"awak ni main plak..spender pun mak belikan,isi minyak pun pakai duit PTPTN nak ajak kahwin.kerja lah dulu..haha.."
Perjumpaan yang tidak sampai beberapa saat namun diakhiri dengan babak babak sweet sangat menyentuh kalbu.Aizat Amdan berlalu pergi dengan seribu keresahan.Celaka apa ade saja nak mengurat awek beliau.Iya memang diakui si Mia Sara sangat sweet dan senyumannya sangat manis dan mungkin itu sahaja yang membuatkan ramai lelaki tertawan padanya.Oh celaka.
"Jangan kacau aku lagi boleh tak? " Mia membalas sms yang baru diterimanya ditaip dengan penuh amarah dan kemudian dibalingnya henset ke tilam,kang kalau baling kat dinding bersepai plak..dah tak masal nak beli baru.Duit plak masa tu tengah kering.
"Teeet..teeett.." walaupun marah namun Mia tetap melihat jawapan balas lelaki tersebut..
" tapi i perlukan U.I ada duit.I ada ada segalanya yang U mahukan.Plizz Mia I begging U.Terimalah I.janji I akan membahagiakan U"
Mia kelihatan geli geleman membaca mesej berbaur I U I U seperti dalam slot Akasia di TV3.Baginya tak perlu mengikut dalam TV sangat cara nak romantik tu.Gua lu pun boleh jika dah sayang.Mia Sara tidak mempedulikan mesej yang diterimanya tadi.Lantas beliau meneruskan semula pembacaan buku Awek Chuck Taylor yang baru dibelinya atas rekemen Aizat Amdan.
"Kahkahkah..bodohlah buku ni..kelakar giler"
                                       ****************************************
Aizat Amdan pelik kenapa sebelum beliau berpacaran dengan Mia Sara dia tak de mendengar pun sebarang berita-berita yang menyatakan ada lelaki yang berkenan dengan si Mia ni.La ni bila dah kapel masa tu jugaklah ramai yang nak usyar.Aizat Amdan tidak menyedari kebangangannya itu membuahkan hasil,sebelum kapel tak kan lah si Mia tu nak bagitahu yang ada orang suka dia.Damn!
Memandangkan terlalu memikirkan tentang lelaki x tersebut,Aizat mula berfikir perkara yang tidak sepatunya difikirkan.Bermacam bermain dalam kepala hotaknya itu.Beliau membayangkan Mia sedang bermain boling dengan lelaki x tersebut,makan tutti fruti bersama.
"Ah tidak.." Cepat-cepat Aizat Amdan memadamkan awan yang berada diatas kepalanya.Digapainya henset lalu mesej dihantar.
Teet..teet.." Im always in your heart sayang ^_^
                                                                       ********
Iya cemburu itu terkadang perlu,namun jangan sampai menjadi buta.Kadang-kadang perlu gak tak tunjuk yang kita cemburu.Bagi sedikit kebebasan agar dapat merasakan ada ruang.Tak perlu sentiasa bersama asalkan kau trust each other.Pakwe kaya mana,awek seksi mana kalau kau tetap dengan pilihan kau.Itulah jugak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan