Nuffnang

Selasa, 22 Mei 2012

Mia Sara - Google Blog Search

Mia Sara - Google Blog Search


LAGENDA BUDAK FELDA: <b>Mia Sara</b> & Aizat Amdan : Happy Birthday

Posted: 15 May 2012 11:48 AM PDT

" Awak saya sedih..papa dengan mama saya tak wish birthday saya"
Mia Sara mengelap air matanya berulang kali,hingus tak keluar pulak selalunya bila nangis cendol akan keluar tapi tidak untuk kali ini.Mungkin terlampau sedih agaknya.Aizat Amdan hanya mampu memerhati sahaja,nak dipegang bukan muhrim jadi dia hanya mampu memberikan respon yang positif saja.
"Dont say dats sayang,mungkin papa awak nak buat seprais untuk awak..siapa tahu kan?" Tiba-tiba Aizat pandai bercakap orang putih agar nampak educated dan bajet cool didepan makwenya itu.Namun Mia tetap kelihatan murung dan menginjak badannya sedikit agar jauh dengan Aizat Amdan.Dia langsung tidak mempedulikan pronouceciation Aizat Amdan yang berterabur itu.

Ruang dinding MukaBuku Mia Sara mula dipenuhi dengan ucapan pemalas oleh rakan-rakan yang tidak dikenali dan jugak ucapan lelaki gatal yang menjadi stalker selama ini.Bagi yang cuba menguratnya dan ingin merapatinya dihantar didalam inbox agar tidak diketahui oleh orang lain.Orang pesen-pesen macam ni sangat banyak.Aizat Amdan hanya tersenyum walaupun dalam hatinya cemburu namun bagi memastikan tidak menambahkan lagi masalah beliau hanya memendam rasa.

Mia Sara menekan butang skrol hingga ke bawah " HB..Mia..." Selamat Hari Lahir " dan ayat clishe yang lain ialah moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

"urghhhh..banyaknya notification...."-laptop dishutdown.-

                              ********************************************
"teeeeettt..teeeeetttt" Ringtone coconut berbunyi memecahkan keheningan malam.Seseorang yang pernah singgah dalam hidup Mia Sara muncul kembali.Dicapainya henset dalam kegelapan biliknya yang terkunci itu.Dibuka mata perlahan dan menjawab panggilan.

" Selamat Hari Lahir " ucapan ringkas oleh lelaki x tersebut membuatkan Mia tersenyum.

" I nak jadi tuitor kat tempat you nanti." Riak wajah Mia berubah serta merta.Apakah yang bakal berlaku sekiranya Aizat Amdan mengetahui nanti.

                           ************************************************

Sementara itu Aizat Amdan masih duduk termangu disatu sudut diruang biliknya.Diambilnya gitar lalu dipetiknya sambil mulutnya mengalunkan mengikut rentak.

aku akan selalu 
menjaga dan mencintai dirimu


Lagu Janji nyanyian Akim yang terkeluar dari mania itu dinyanyikan."celaka betul pasal di Aril tu masuk final plak.."

"sorry lah Mia aku tak dapat bagi apa yang kau nak,aku cuma harap hubungan kita sampai kita mati " Entah apahal si Aizat ni bermonolong sendirian.Ape dia ingat ini Pilih Kasih ape? Setan betul.Sesekali dia melihat gambar Mia didalam telefon bimbitnya.Itupun dia nyorok-nyorok kan gambar tu dan diletakkan dalam folder yang tersembunyi.Bukan apa karang ade je celaka yang pergi bukak.

"kluk..klukk..klukk..klukk.." Henset Aizat bergetar.Incomning Call Princess Mia.

"awak lelaki x tu call"

" dia nak apa? "

" dia wish befday saya n he said dia akan mengajar disini tak lama lagi "

Macam timbunan balak hempap jatuh atas kepala si Aizat bila dengar apa yang si Mia butirkan tu.Celaka betul macam tak ade tempat lain nak kerja.Aizat hanya mendiamkan diri dan tersenyum agar tidak menunjukkan tanda dia cemburu atau risau..seraya Mia berkata

"syhhhhhh...awak jangan risau I love u more.."

" terima kasih awak "

aku tak pandai berkata-kata
sebab aku kaku bila lihat kau depan mata

aku tak pandai menyanyi
namun aku tak nak kau sunyi

aku pura-pura ceria
agar nak kau bahagia


Selamat Hari Lahir Wahai Kekasih                                                                     16.Mei.2012 : 2.42am


                                  ******************************************


Woi woi dah macam dalam drama melayu plak dah.Perghhh kisah cinta paling lejen.Itu belum masuk scene-scene lain lagi tu.Cukup 100 entri pasal ni aku nak compiled kan buat satu buku.Perghhhhhhh.Kau beli tahu? Pasni mungkin akan dimasukkan scene CGI macam dalam avengers tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan