Nuffnang

Khamis, 28 Jun 2012

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


<b>Awi Rafael</b> Lancarkan Album Baru, Single Terbaru Diberi Tajuk <b>...</b>

Posted: 02 Jun 2012 12:19 AM PDT

Awi Rafael atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Bin Gunawan yang sebelum ini popular dengan hasil karyanya seperti "Pulanglah" dan "Bila Aku Jatuh Cinta" kini muncul lagi dengan album baru! Walaupun baru setahun jagung dalam industri muzik tempatan, beliau telah berjaya mencuri perhatian peminat muzik tanah air apabila namanya tersenarai dalam pencalonan "Artis Baru Lelaki Popular" dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012! Bakat beliau yang begitu terserlah juga telah menarik minat pihak penganjur apabila beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjadi artis pembukaan kepada persembahan artis antarabangsa, Dashboard Confessional pada awal tahun ini.

album baru awi rafael

Sebagai seorang artis yang serba boleh, Awi Rafael tidak pernah mensia-siakan bakatnya. Kini beliau muncul dengan album baru yang akan memuatkan kesemua 8 lagu ciptaan beliau. Seperti lagu-lagu beliau sebelum ini, hasil karya Awi Rafael tentunya tidak akan menghampakan. Lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album ini adalah antara "Hari-Hariku", "Lebih Berat Dari Surga", "Asalkan Aku OK", "Kalista", "My Baby You", "Elvis", "Satu Peluang Sahaja", "Siapa Yang Sempurna" dan "Dewa-Dewi".

album baru awi rafael

Abang Nara respek dengan artis-artis baru yang muncul di Malaysia ini kerana kebanyakan mereka mencipta lagu-lagu sendiri. Ternyata penyanyi muda kita sudah semakin maju ke hadapan dan tidak bergantung kepada orang lain untuk popular. Diharap dengan kemunculan album baru ini, nama Awi Rafael akan tambah popular di Malaysia. Secara jujur, Abang Nara pun suka dengar lagu Bila Aku Jatuh Cinta nyanyian Awi Rafael.

Baca Yang Ini Pulak:-


Tatu : Ustaz Puji Taubat <b>Awi Rafael</b> – Perak Today

Posted: 19 Jun 2012 08:32 PM PDT

PETALING JAYA: Dosa penyanyi Awi Rafael, 26, yang melukis tatu pada badannya akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia benar-benar bertaubat dan menyesali perbuatannya itu.

Pendakwah bebas, Ustaz Zahazan Mohamed berkata, tindakan Awi yang tidak malu untuk mendedahkan rasa kesalnya secara umum adalah satu perbuatan terpuji dan harus dijadikan contoh oleh semua pihak agar tidak meniru perbuatan bertatu tersebut.

"Bukan mudah untuk seseorang yang dikenali ramai seperti Awi mahu mendedahkan perbuatan bertatu itu secara umum dan Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia cepat sedar dan bertaubat.

"Malah sanggup berkongsi kepada peminat-peminatnya agar tidak mengikuti kelakuan buruknya itu.

"Semoga Allah gugurkan segala keburukan silam dan mengangkat kebaikannya," kata beliau kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Ustaz Zahazan

Zahazan menambah, sesungguhnya Allah amat gembira dengan orang yang bertaubat dan kegembiraan itu digambarkan melebihi seorang penggembala yang kehilangan unta di padang pasir lalu menemui semula untanya itu.

Beliau yang juga penceramah jemputan program agama Al-Kuliyah di TV3 menambah, seseorang yang bertatu lalu mahu bertaubat, diharuskan untuk membuang tatu berkenaan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan.

Bagaimanapun jika ia boleh memudaratkan pada diri dan nyawa, maka perbuatan itu boleh dimaafkan.

"Saya berharap apa yang didedahkan Awi dapat menjadi pengajaran kepada semua, termasuklah artis-artis tempatan yang lain.

"Perlu diingat, apabila kita tidak berhubung dengan Allah, maka kehidupan kita juga diibaratkan seperti sebuah kapal terbang yang tiada radar serta terumbang-ambing," tegasnya.

Pada Jumaat lalu, Awi melakukan tindakan berani dengan membuat pengesahan melalui Facebook beberapa foto lelaki bertatu yang tersebar di Internet adalah dirinya.

Bagaimanapun penyanyi lagu Bila Aku Jatuh Cinta itu berkata, dia sudah bertaubat dan menyesali perbuatan yang dilakukan pada zaman remajanya itu.

"Alhamdulillah, sejak meninggalkan Australia pada awal tahun lalu, saya bertaubat dan benar-benar insaf atas segala perbuatan yang menyalahi hukum dan batasan agama.

"Sebab itu saya pulang ke Malaysia, supaya teman-teman Islam dapat membimbing saya dan pada masa sama dapat mencari rezeki halal," katanya dalam entri Facebook miliknya pada 15 Jun lalu.

Awi turut menjelaskan dia membuat kenyataan itu kerana enggan digelar hipokrit, sebaliknya ingin menjadikan pengalaman tersebut sebagai satu pengajaran agar tidak dicontohi oleh peminat-peminatnya.

- mStar Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan