Nuffnang

Khamis, 28 Jun 2012

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


<b>SAIFUL APEK</b> BEBAS DARI HUKUMAN DADAH

Posted: 25 Jun 2012 01:56 AM PDT

Saiful Apek Bebas Dari Hukuman Dadah : Saiful Apek dan 3 rakannya di bebas dari hukuman dadah tanpa perlu membela diri.

Apek dan 3 rakan mereka yang di dakwa memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka 3 tahun lalu di bebas selepas mahkamah mendapati terdapat percanggahan bukti ke atas kes mereka.

Saiful Apek Bebas Dari Hukuman Dadah

Sampel ujian air kencing yang di ambil dan di simpan terlalu lama telah menimbulkan keraguan dalam perbicaraan kes tersebut.

Percanggahan tarikh spesimen yang di ambil juga turut menimbulkan keraguan dan menjadi salah satu punca pengguguran kes.

"Kelewatan ujian air kencing yang dilakukan dan percanggahan tarikh spesimen itu diambil selain beberapa faktor lain seperti kewujudan dua borang permohonan untuk melakukan ujian saringan dadah dan kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti lain telah menjadikan kes ini lemah," ujar Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Saiful Apek, 42, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, diwakili oleh peguam Mohd Fadli Hashim.

Percanggahan tersebut berpunca dari  kesilapan penandaan tarikh pemungutan spesimen pada label botol Saiful Apek dan Noremy. Sarjan M. Sanggar pegawai polis tersebut mengakui tersilap menulis tarikh pada botol berkenaan iaitu 12.9.2010 berbanding tarikh sebenar 12.6.10. Kesilapan itu disedari ketika memberi keterangan di mahkamah.

Saiful Apek Bebas Dari Hukuman Dadah

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
Saiful Apek Bebas Dari Hukuman Dadah, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

<b>Saiful Apek</b> Bebas Tuduhan Dadah - Hafiz Rahman

Posted: 25 Jun 2012 07:09 AM PDT


Pelawak terkenal tanah air , Saiful Apek kini boleh menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret membebaskan beliau dan 3 rakan dari sabitan memiliki dadah dan memasukkan dadah ganja ke dalam badan , dua tahun lalu. 
Majistret, Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan tersebut selepas pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti dalam kes prima facie terhadap beliau. Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohamad Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, bersama Shaiful Baharom, 25, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya, 29, serta Noremy Mohamad, 29, dituduh memasukkan ganja ke dalam badan 2 tahun lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya , jam 11.00 malam, 12 Jun 20120.

Insiden tersebut ternyata memburukkan nama dan imej beliau sebagai seorang artis. Kini Apek boleh menarik nafas lega apabila nama dan imejnya kini bersih dari tuduhan tersebut. 

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan