"Sebaik bergelar isteri, saya mengurangkan aktiviti lakonan. Saya juga agak memilih watak dan masa disebabkan komitmen terhadap rumah tangga. Cuma disebabkan watak Maisarah kuat, begitu juga keseluruhan skrip Pelamin Di Pusara, saya menerima tawaran ini,"
NYATA isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 26 itu punya harapan tersendiri dalam mengatur rentak hidupnya malah menganggap itulah pengorbanan yang dilakukan demi masa depan keluarga.
Sebagai persediaan, Raja Farah berjinak-jinak pula dengan perniagaan tetapi segala-galanya masih dalam peringkat persediaan namun ia bakal diumumkan dalam tempoh terdekat.
Tegasnya lagi tatkala diajukan semula dengan peluang aktres bertudung, kata Raja Farah, produser dan penerbit hari ini semakin berfikiran terbuka malah bangga melihat ramai rakan lain yang lebih dulu berhijab tetap rancak mewarnai program TV selain aktif di layar perak."Banyak watak yang memerlukan wanita bertudung. Saya tidak nampak ini semua sebagai halangan berlakon. Cuma pandai-pandailah kita memilih watak selain menjaga pergaulan. Saya pasti penonton juga akan terus memberi sokongan jitu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan