Nuffnang

Sabtu, 30 Jun 2012

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Intai Koleksi Rambut Palsu <b>Erra Fazira</b> | OHBULAN!

Posted: 13 Jun 2012 01:01 AM PDT

Siapa yang tidak kenal dengan Ratu Rambut Palsu, iaitu Erra Fazira. Artis ini memiliki koleksi rambut palsu yang pelbagai fesyen, sama ada rambut panjang mahupun rambut pendek. Persoalannya di sini, kenapa perlu memakai rambut palsu? Mungkin Erra Fazira ada sebab yang tersendiri.

Antara koleksi rambut palsu potongan pendek yang Erra Fazira miliki adalah :

Kesemua rambut palsu ini digayakan dalam pelbagai cara dan mengikut situasi yang tertentu. Mungkin sesetengah rambut palsu yang digayakan oleh Erra ini adalah bagi mengikut watak dan karakter yang dibawa dalam filem lakonannya. Tetapi tidak dinafikan, Erra sememangnya pandai memilih rambut palsu yang berkualiti tinggi, ini adalah kerana setiap rambut palsu yang digayakan oleh Erra kelihatan natural dan cantik sahaja.

Selain koleksi rambut palsu berpotongan pendek, Erra turut memiliki rambut palsu berpotongan panjang. Kesemua rambut palsunya, digayakan mengikut kesesuian majlis dan situasi yang ingin dituju. Ini menunjukkan bahawa, Erra Fazira sangat bijak menggayakan rambut palsu peribadinya ke setiap majlis dan sangat sesuai dengan pemilihan busana yang dipakainya.

Erra Fazira ini bukan sahaja cantik, malah sangat pandai berfesyen dan bijak berdandan. Ini merupakan satu personaliti yang seharunya ada pada setiap artis di Malaysia. Ini adalah kerana, artis bukan sahaja perlu kelihatan cantik dalam sesuatu majlis, malah mereka seharusnya menjaga personaliti  sepanjang masa, agar menjadi ikon fesyen untuk peminat-peminat mereka.

 Sumber : Gambar dari sensasi selebriti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan