Nuffnang

Sabtu, 30 Jun 2012

Jue Aziz - Google Blog Search

Jue Aziz - Google Blog Search


<b>Jue Aziz</b> Jawab Isu Berpelukan Dengan Jejaka Bertatu

Posted: 28 Jun 2012 07:27 PM PDT

Jue Aziz Jawab Isu Berpelukan Dengan Jejaka Bertatu : Jue Aziz jawab isu beliau berpelukan dan tatu pada seorang jejaka yang di lihat di dalam gambar.

Ekoran penyebaran gosip mengenai beliau berpelukan dengan jejaka bertatu di Kepulauan Bali beberapa minggu yang lalu, Jue Aziz tampil menjelaskan hal sebenar.

Jue Aziz Jawab Isu Kekasih Bertatu

Jue berkata, dia turut rasa kelakar bila pertama kali membaca gosip tersebut. Nak marah pun tak boleh, tapi difahamkan beliau juga agak terkejut dengan penyebaran gosip ini di sebabkan ianya tidak diselidik dahulu tentang kebenarannya dan berharap ianya tidak di panjangkan.

"Bagi saya, benda ini isu kecil saja. Kami pergi bercuti beramai-ramai dalam enam orang dan kami ke sana hanya untuk berseronok saja. Saya yang paling tua dalam kumpulan itu dan semua yang pergi saya anggap macam adik-adik saya saja.

"Ramai yang bertatu waktu itu dan tatu yang dipakai hanyalah tatu 'Henna' saja, bukan tatu betul pun. Kami saja buat sebagai kenangan di sana, itu saja. Bagi saya, penyebar gosip ini hanya tokok tambah cerita saja," ujar Jue yang memegang watak sebagai Hawa dalam telemovie sulung arahan Rahizal Razi.

Jue juga turut berpesan agar orang di luar tidak mudah menggosipkan beliau dengan sesiapa tanpa menyelidiki perkara yang sebenar. Beliau menambah, yang dia sudah muak dengan gossip liar yang di lemparkan kepada dirinya dan berharap para peminat beliau mendoakan jodoh beliau walau dengan sesiapa sekalipun.

Difahamkan, Jue Aziz sekarang dalam proses untuk cuba untuk mendapatkan anak angkat. Seseorang mungkin akan memberi anak yang dikandungkannya selepas bayi itu dilahirkan pada Disember nanti.

"Ini bukan trend ambil anak angkat, tapi saya memang sunyi sekarang. Saya memang serius nak menjaga bayi itu dan saya juga merancang nak menyusukan dia kelak."

Jue Aziz Jawab Isu Berpelukan Dengan Jejaka Bertatu

Rating: 7.0/10 (3 votes cast)
Jue Aziz Jawab Isu Berpelukan Dengan Jejaka Bertatu, 7.0 out of 10 based on 3 ratings

Respons

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan