Nuffnang

Isnin, 18 Jun 2012

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Tertekan Isu Melamar Jadi Besar

Posted: 11 Jun 2012 05:41 AM PDT

KUALA LUMPUR – Masih lagi belum reda dengan cerita berlainan versi mengenai kisah hubungan cintanya, pelakon lelaki Fizz Fairuz jujur mengakui dia berasa tertekan dengan isu lamaran kepada kekasihnya yang tersebar meluas.

Menambahkan lagi tekanan kepada dirinya, ramai pihak sudah melabelkan Fizz Fairuz sebagai lelaki yang mengambil isu tentang perkahwinan secara sambil lewa.

Malah, tanggapan itu membuatkan aktor kacak itu semakin takut untuk membuat keputusan mendirikan masjid bersama Almy Nadia.

"Jujur, saya akui apabila isu ini diperbesarkan, saya sendiri tertekan. Hal nak kahwin ini bukan perkara mainan. Malah ada yang melihat apabila saya dikatakan seperti bermain tarik tali atau cakap tak serupa bikin, akan timbul pula saya takut nak kahwin, bimbang populariti yang semakin diraih kembali jatuh.

"Orang di luar sana senang cakap sudah berlakon pasti duit sudah banyak. Setakat nak kahwin, kalau sudah ada RM10,000 dalam tangan memang dah boleh melangsugkannya secara sederhana. Tapi dengan status selebriti yang kami pegang, pasti ada mengharapkan ia lebih daripada itu," kata Fizz Fairuz yang diambil dari BiPop.

Mengakui yang mereka berdua masih lagi bercinta, Fizz Fairuz jujur mengesahkan kekasih hatinya Almy Nadia tidak mengetahui tentang isi hatinya yang ingin menyunting wanita itu menjadi isterinya.

"Memang benar saya tidak pernah memaklumkan hal lamaran itu secara langsung kepadanya dan saya yakin dia tahu mengenainya menerusi kenyataan dalam media massa. Saya hanya menyuarakannya kepada keluarga," katanya.

Justeru itu, Fizz Fairuz mengharapkan agar Almy tidak mudah melatah dan jangan mengambil keputusan mudah tanpa memikirkan akibat yang dalam yang bakal terjadi.

"Cuma saya harapkan Almy tak cepat melatah. Apabila dia mula melatah, akhirnya kena pada batang hidungnya sendiri. Dia muda… Darah mudalah katakan." katanya lagi.

Ketika ini, Almy Nadia baru sahaja menjalani pembedahan kecil membuang apendiks.

Fizz Fairuz sempat mencuri-curi masa untuk menjaga kesihatan kekasihnya itu di sebuah hospital di ibu kota.

Isu mengenai 'perbalahan manja' antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia timbul apabila Fizz dengan terang memaklumkan yang dia akan melamar kekasihnya itu dalam tahun ini juga.

Malah, Fizz Fairuz juga mengatakan sudah merancang perkahwinan antara mereka berdua.

Namun, Almy pula muncul dengan memberikan kenyataan yang dia tidak mengetahui tentang perancangan Fizz Fairuz dan mengatakan hubungan mereka sudah retak.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan