Nuffnang

Isnin, 18 Jun 2012

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Style Pilihan <b>Shila Amzah</b> | OHBULAN!

Posted: 17 Jun 2012 08:44 PM PDT

Setiap artis mempunyai style dan fesyen mereka yang tersendiri. Seperti Shila Amzah, beliau memilih untuk tampil dengan fesyen yang ringkas, tetapi tetap kelihatan cantik dan menarik.

Berikut Merupakan Beberapa Style Yang Digayakan Oleh Shila Amzah :

Kombinasi jaket berwarna biru serta t-shirt berwarna pink ini amat sesuai dan cantik sekali. Style smart casual ini sangat sesuai digayakan pada bila-bila masa sahaja. Disamping itu, dengan penambahan gelang tangan berona keemasan sebagai pelengkap aksesori, menambahkan lagi gaya fashionable dalam penampilah Shila Amzah.

Penggayaan jaket kait berona kelabu yang bertahtakan butang bewarna keemasan ini membuatkan Shila Amzah kelihatan elegan dan nampak begitu berkeyakinan dengan gaya yang ditampilkan. Disamping itu, padanan t-shirt dan seluar berona senada menjadikan gaya ini kelihatan simple tetapi tetap kelihatan menarik. Gaya ini kelihatan lebih menarik apabila digayakan sekali dengan kasut bertumit tinggi berona keemasan.

Baju kebaya singkat yang digayakan oleh Shila Amzah ini kelihatan sangat cantik dan anggun sekali. Dengan kombinasi warna merah dan hitam membuatkan kebaya ini kelihatan sungguh sesuai dan cantik untuk digayakan pada majlis-majlis tertentu seperti menghadiri kenduri kawen, majlis makan malam, dan sebagainya. Disamping itu, dengan adanya sulaman merah di bahagian baju kebaya ini menjadikan ia kelihatan sungguh klasik. Selain itu, dengan adanya penambahan cincin sebagai aksesori tambahan, melengkapkan lagi penampilan Shila dalam berfesyen.

Fesyen kasual ini sangat sesuai digayakan sewaktu bersantai di hujung minggu bersama teman-teman. Kombinasi padanan kemeja berkotak dengan t-shirt berona biru ini kelihatan sangat menarik. Disamping itu, dengan penggayaan seluar skinny jeans dan juga kasut  bertumit tinggi ini turut mewujudkan lagi suasana santai dalam penggayaan Shila.

Jadi, bagi individu yang kadang kala ketandusan idea dalam berfesyen, boleh menjadikan style Shila Amzah ini sebagai ilham. Namun begitu, mungkin ada setengah diantara anda yang tidak meminati style Shila ini, anda boleh kekalkan sahaja gaya penampilan anda yang sedia ada. Tiada paksaan dalam berfesyen!

Sumber : Sensasi Selebriti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan