Nuffnang

Isnin, 23 Julai 2012

Arja Lee - Google Blog Search

Arja Lee - Google Blog Search


Dari Watak Gay, <b>Arja Lee</b> Berubah Jadi Kasanova

Posted: 26 Apr 2012 11:40 PM PDT

berita | Tempatan

Susunan oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 27 APRIL 2012: Teater berkonsepkan muzikal kian mendapat tempat dalam hati peminat teater tempatan. Ianya dapat dilihat dengan lambakan produksi tampil dengan idea yang bertemakan muzikal.

Malah, ia boleh dikatakan berjaya memberikan kelainan kepada senario teater tempatan selain menambahkan lebih banyak lagi peminat teater.

Selepas aksi berani menerusi filem kontroversi, '...Dalam Botol' , Arja Lee atau nama asalnya Azharudin Ramli telah mengembangkan sayap lakonan dengan memilih untuk berlakon dalam teater berjudul Kasanova.

Teater Kasanova ini merupakan satu projek tahun akhir Arja sebagai pelajar jurusan Seni Lakon dan Pengarahan dari Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM).

Teater semi muzikal ini merupakan arahan dari Azhar Jalil dan bakal berlangsung di Auditorium Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia mulai empat hingga enam Mei depan.

Menarik tentang Kasanova, ia turut melibatkan beberapa artis popular tempatan seperti Farhan Azizan, Azrul Zaidi dan dijayakan oleh artis USM seperti Jumie Samsudin dan Aimy Aziz. Malah, Kasanova turut membuat penampilan khas dari Jeep Jazz Band yang diketuai oleh Profesor Madya Razif Mohd

Mengisahkan kisah hidup seorang lelaki kasanova bernama Jimmy (Arja Lee), penyanyi kelab malam yang mempunyai dua personaliti berbeza dan keliru dengan identitinya sendiri. Jimmy sangat terkenal dengan karaktor kasanova yang sentiasa dikelilingi ramai wanita telah berubah setelah bertemu dengan Tasya (Farhan Azizan).

Walau bagaimanapun, Jimmy dengan tabiatnya yang suka berubah angin setiap kali malam menjelma telah menimbulkan syak wasangka dan kekeliruan ramai orang termasuk kekasihnya sendiri.

Lagu‐lagu rancak seperti Rindu Bayangan, Burlesque, Big Spender, I Will Survive dan Sway yang disusun khas oleh Prof. Madya Razif Mohd (Jeep Mohd) bakal menggegarkan pentas Auditorium Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang yang julung‐julung kalinya diserikan dengan teater semi‐muzikal bersempena projek Penilaian Tahun Akhir Lakonan dan Pengarahan, Pusat Pengajian Seni.

Untuk mengetahui apakah yang akan berlaku di akhir cerita ini dan siapakah Jimmy yang sebenarnya, jangan lupa datang menyaksikan teater semi‐muzikal ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan