Nora Danish - Google Blog Search |
<b>Nora Danish</b> Tidak Mahu Terburu-Buru Cari Suami Baru | OHBULAN! Posted: 22 Jul 2012 10:42 PM PDT Jika disebut nama Nora Danish, pasti anda akan teringat tagline, "Kita Enjoy!", kan? Namun bagi Nora Danish yang juga seorang pelakon dan sentiasa kelihatan comel dimata peminat, rumahtangga dan alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat mainan. Dalam temubual Nora Danish bersama akhbar Kosmo Online, Nora menjelaskan bahawa dia tidak terburu-buru untuk mencari pasangan hidup yang baru. Ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, ini memberitahu buat masa sekarang dia mahu menumpukan pada kerjayanya dan juga anak tunggalnya yang semakin membesar. "Sebagai seorang wanita sudah tentu keinginan untuk berkahwin itu memang ada, tetapi ia bukan keutamaan buat diri saya kerana sudah selesa dengan kehidupan yang saya jalani sekarang. Lagipun saya mahu memberi sepenuh perhatian terhadap anak saya yang semakin membesar, manakala kerjaya seni saya juga semakin berkembang. Jadi, saya jarang terfikir sangat mengenai perkahwinan." Walaubagaimanapun, Nora Danish memberitahu bahawa kini dia sedang rapat dengan seorang jejaka. Namun begitu, dia masih merahsiakan identiti individu tersebut dan mengakui hubungan mereka masih diperingkat awal. "Sejujurnya buat masa ini saya memang sedang rapat dengan seseorang dan dalam peringkat mengenali hati budinya, cuma saya tidak mahu mendedahkannya sekarang kerana hubungan tersebut masih lagi di peringkat awal." – Nora Danish dipetik dari Kosmo Online. OHBULAN! : Nampaknya, sekarang memang musim selebriti sedang mencari pasangan masing-masing agaknya, kan? Sumber : Kosmo! Online |
Saya Sedang Rapat Dengan Seseorang – <b>Nora Danish</b> | Posted: 22 Jul 2012 09:37 PM PDT Mungkin ini berita gembira buat Nora Danish tetapi merupakan berita sedih kepada jejaka yang menaruh hati kepada si ibu tunggal ini. Nora Danish hari ini menerusi Kosmo mengakui yang dia sedang rapat dengan seseorang dan sedang mengenali hati budi si dia yang bertuah itu.
Pasti ramai yang kecewa mendengar pengakuan Nora Danish ini. Namun Abang Nara berharap anda doakanlah agar Nora benar-benar bercinta dan seterusnya akan berkahwin dengan jejaka ini. Rasanya memang sudah lama Nora memegang status ibu tunggal. Orang kata, daripada hidup berseorangan, lebih baik ada berdua. Tak gitu? P.S: Dapatkan serunding daging/ayam untuk persediaan bulan Ramadhan ini. Boleh buat duit lebih sekiranya anda berminat untuk tolong Abang Nara menjualnya. Kepada mereka yang membeli lebih daripada 3kg, ada hadiah misteri akan diberikan. Jika berminat, email kepada lorongsetia8@gmail.com untuk tempahan dan soalan. Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Nora Danish - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan