Nuffnang

Isnin, 23 Julai 2012

Scha Alyahya - Google Blog Search

Scha Alyahya - Google Blog Search


<b>Scha al-Yahya</b> Sah Bergelar Isteri Awal Ashaari Dengan Sekali <b>...</b>

Posted: 04 May 2012 05:38 AM PDT

Perkahwinan Scha al-Yahya & Awal AshaariAlhamdulillah. Akhirnya Awal Ashaari atau nama sebenar Ahmad Awaluddin Ashaari & Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha al-Yahya) selamat di'ijabkabulkan sekitar 9.20 malam ini di Putrajaya.

Dengan sekali lafaz, Scha al-Yahya & Awal Ashaari selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis ringkas yang di'hadiri kira kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM2,050 manakala jumlah wang hantaran di'rahsiakan daripada pengetahuan umum. Scha al-Yahya menghantar 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang.

Majlis pernikahan mereka malam ini berlangsung di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya manakala resepsi perkahwinan mereka bakal berlangsung pada 6 Mei ini di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Pasangan tersebut di'ijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha al-Yahya iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh jurunikah daripada Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI), Mohd Salman Idrus.

Kalau anda berminat untuk mengikuti gambar gambar di'sekitar majlis akad nikah mereka, ikuti liputan awal kami di'lokasi Bahagian Pertama & Bahagian Kedua. Tahniah buat pasangan Scha al-Yahya & Awal Ashaari. Semoga mahligai yang di'bina kekal selamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan