Nuffnang

Isnin, 23 Julai 2012

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Akui Tidak Pernah Maklumkan Hal Lamaran Kepada <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2012 01:28 AM PDT

Kisah cinta antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia nampaknya masih ada sinar harapan lagi. Semalam, menerusi BiPop, Fizz memaklumkan yang dia masih sempat mencuri masa untuk menjaga Almy Nadia di hospital setelah Almy menjalani pembedahan apendiks. Namun Fizz mengakui yang dia tidak pernah memaklumkan kepada Almy tentang hal lamaran.

fizz fairu dan almy nadia

Ikuti temuramah penuh antara BiPop dan Fizz Fairuz di bawah untuk mendalami isi hati si jejaka ini.

BIPOP: Jadi, kamu berdua sebenarnya masih hangat bercinta?
FF: Kami masih bersama. Malah, semasa dia sakit di hospital gara-gara pembedahan apendiks, saya ada mencuri masa menjaganya.

BIPOP: Kamu berdua selalu berjumpa ke?
FF: Memang apabila sibuk dengan komitmen seni, kami jarang berjumpa. Balik saja dari penggambaran, saya kepenatan dan tidur. Saya faham di pihaknya, dia pasti terasa dan sedih apabila kami tak selalu berjumpa. Saya akui apabila terlalu sibuk dengan dunia saya, ada kalanya saya terlupa hal lain, begitu juga dia. Tapi itu tidak beerti saya melupakannya. Saya percaya dia sendiri di pihak wanita akan gementar apabila terus diasak hal perkahwinan. Tempoh percintaan kami pun boleh dianggap lama. Jadi semestinya ramai mengharapkan ia akan berakhir dengan kesudahan yang indah.

Baca entri ini sepenuhnya untuk temuramah penuh.

BIPOP: Bagaiman pula isu lamaran yang dikatakn tidak dimaklumkan secara langsung kepada Almy?
FF: Memang benar saya tidak pernah memaklumkan hal lamaran itu secara langsung kepadanya dan saya yakin dia tahu mengenainya menerusi kenyataan dalam media massa. Bagi saya, apabila ingin melamar seseorang, kita takkan cakap secara langsung kepadanya. Saya hanya menyuarakannya kepada keluarga. Ia hanya menjadi niat yang saya suarakan dalam hati. Hakikatnya niat itu saya pernah suarakan sejak tercalon pada ABPBH2009 dan ia dipanjangkan hingga ABPBH2011.

BIPOP: Tertekan dengan isu kahwin?
FF: Jujur, saya akui apabila isu ini diperbesarkan, saya sendiri tertekan. Hal nak kahwin ini bukan perkara mainan. Malah ada yang melihat apabila saya dikatakan seperti bermain tarik tali atau cakap tak serupa bikin, akan timbul pula saya takut nak kahwin, bimbang populariti yang semakin diraih kembali jatuh. Tak kurang juga yang melihat apabila saya menang ABPBH2011, saya mula hidung tinggi. Hakikatnya, tiada langsung rasa sebegitu. Malah saya percaya, anda kami berkahwin, rezeki itu akan terus ada. Saya sendiri juga memilih tawaran berlakon sebaik mungkin kerana itulah punca rezeki dan sebagai wang yang perlu dikumpul untuk berkahwin. Orang di luar sana senang cakap sudah berlakon pasti duit sudah banyak. Setakat nak kahwin, kalau sudah ada RM10,000 dalam tangan memang dah boleh melangsungkannya secara sederhana. Tapi dengan status selebriti yang kami pegang, pasti ada mengharapkan ia lebih daripada itu.

BIPOP: Ada gangguan insan ketiga dalam hubungan ini?
FF: Tak wujud langsung insan ketiga dalam hubungan kami. Terpulang kepada yang menilai. Cuma saya harapkan Almy tak cepat melatah. Apabila dia mula melatah, akhirnya kena pada batang hidungnya sendiri balik. Dia muda… darah mudalah katakan. Kalau nak tuduh wujud insan ketiga, siapa sebenarnya yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang lelaki baru-baru ini seperti dipaparkan di dalam sebuah majalah. Siapa yang menjerat diri sebenarnya.

Abang Nara tak tahu nak cakap apa selepas membaca temuramah antara Fizz Fairuz dan Bipop ini. Senang cerita, kalau hati sudah suka, tak perlulah tunggu lama-lama. Mana yang boleh dipercepatkan, baiklah dipercepatkan. Jodoh memang sudah ditetapkan tetapi kita sebagai manusia kenalah berusaha sedikit. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan