Nuffnang

Jumaat, 13 Julai 2012

Nur Fathia - Google Blog Search

Nur Fathia - Google Blog Search


Saya tak rasa ia seksi – <b>Nur Fathia</b> | berita.MY

Posted: 13 Jul 2012 12:00 AM PDT

Nur Fathia

Isu Nur Fathia berpakaian seksi sehingga menampakkan kulit putih gebu pernah di siarkan dalam artikel sebelum ini.

Namanya pernah 'meletup' satu ketika namun kini kembali suram. Itu situasi yang terjadi kepada pelakon muda Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff yang kini kurang mendapat liputan, tidak sepanas isunya yang dikatakan kurang berdisiplin.

Bagaimanapun, baru-baru ini, namanya kembali menjadi perhatian apabila Fathia menghadiri sebuah majlis anjuran majalah tempatan.

Selain menjadi bualan kerana telah mengoyakkan gaun yang dipakai kerana terlalu teruja pada suatu ketika dahulu, gaun hitam dan kelabu yang dipakai Fathia turut menjadi isu.

Bagi segelintir pihak, gaun tersebut dilihat agak menjolok mata terutamanya apabila Fathia berada dalam posisi menundukkan badan sehingga memperlihatkan sebahagian payudaranya.

Fathia yang dihubungi semalam mengulas lanjut kisah baju seksi yang menampakkan sebahagian payudaranya.

Baru-baru ini, anda menghadiri sebuah majlis dan segelintir pihak berpendapat anda berpakaian seksi hingga menampakkan sebahagian payudara. Boleh komen?

Saya tidak tahu mahu komen apa-apa (ketawa). Itu baju saya sendiri. Tiada niat apa-apa untuk menunjuk atau apa pun. Saya hanya rasa mahu pakai sesuatu yang cantik untuk pergi ke acara tersebut. Mungkin ramai yang bercakap, tapi bagi saya sendiri, baju itu tidak seksi.

Ikuti temubual penuh Fathia dengan Kosmo! di sini.

Peringatan

berita.MY tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Kongsi pendapat anda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan