Nuffnang

Rabu, 8 Ogos 2012

Juliana Evans - Google Blog Search

Juliana Evans - Google Blog Search


Gambar: <b>Juliana Evans</b>, Black Ke Australia Untuk Remaja Ekstrem <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2012 09:05 PM PDT

Gambar: Juliana Evans, Black Ke Australia Untuk Remaja Ekstrem TV9Tengok, tengok gambar di'sebelah. Selebriti kalau makan ais krim pun boleh jadi comel. Dan, itu Juliana Evans & Black Mentor ketika berada di Australia.

Menurut apa yang kami perolehi secara tidak rasmi, Juliana Evans & Black bersama krew TV9 terbang ke bumi Australia untuk rakaman program Remaja Ekstrem.

Remaja Ekstrem merupakan sebuah program aksi lasak untuk golongan remaja bagi menggalakkan lebih ramai antara mereka terlibat di'dalam aktiviti di'luar rumah.

Jadi, kalau teringin untuk lihat Black mahu pun Juliana Evans melakukan aktiviti ekstrim di Australia, boleh'lah tunggu episod kemunculan mereka tidak lama lagi di TV9.

Sementara itu, layankan dahulu beberapa keping gambar yang di'kongsikan oleh team Remaja Ekstrem dan Juliana Evans sendiri ketika mereka berada di'sana.

“Saya Dah Lama Tak Berhubung Dengan <b>Juliana Evans</b>” – Zizan <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2012 10:28 PM PDT

Pelawak dan pengacara terkenal Mohd Razizan Abdul Razak, atau lebih dikenali sebagai Zizan baru-baru ini memaklumkan kepada pihak OHBULAN! bahawa beliau sudah lama tidak berhubung dengan Juliana Evans.

Menerusi temubual di Majlis Berbuka Puas bersama pihak Astro Rabu lalu, Zizan memaklumkan bahawa Juliana Evans telah terbang ke Australia sejak awal Ramadhan yang lalu. Beliau turut menyatakan bahawa sudah lama tidak berhubung dengan Juliana sejak pelakon wanita tersebut dikatakan terbang ke Australia atas urusan kerja.

Apabila disoal adakah Zizan akan menyambut Aidilfitri dengan Juliana Evans,beliau menjawab, "Saya pun dah lama tak berhubung dengan Juliana. Masuk sahaja bulan Ramadhan, dia sudah terbang ke Australia, jadi saya tak tahu mengenai dia sekarang."

Menerusi perkembangan karier seni pula, Zizan memaklumkan bahawa pada Hari Raya ke-2 nanti, peminat boleh menonton lakonan beliau di program raya Astro menerusi cerita "Beraya Sampai Lebam", di mana dalam cerita tersebut beliau digandingkan dengan pelakon lelaki popular Aaron Aziz.

Bertanya mengenai persiapan menyambut Aidilfitri, Zizan memaklumkan bahawa tema Baju Rayanya pada tahun ini adalah warna oren dan beliau akan menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan