Nuffnang

Rabu, 8 Ogos 2012

Stacy af - Google Blog Search

Stacy af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Stacy af</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2012 12:00 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Stacy af</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2012 01:33 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Stacy af</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jun 2012 01:29 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Stacy af</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2012 01:11 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Stacy af</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2012 12:00 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Stacy af</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Mar 2012 11:22 PM PDT


Gambar <b>Stacy Af</b> 6 Dengan Anak Angkat | Blog Hawau

Posted: 21 Mar 2012 11:26 PM PDT

Serius comel anak angkat stacy af6 ni. Dari gambar ni, aku tengok memang terserlah sifat penyayang dan sifat keibuan stacy. Aku rasa stacy memang dah tak sabar dah nak jadi seorang ibu. Stacy sendiri mengaku dia lebih teruja untuk dapat anak lebih dari rasa teruja nak kahwin. 

Untuk pengetahuan korang, anak angkat stacy ni bernama bella valentina, diambil dengan izin dari sebuah keluarga yang susah. Kata stacy :

"Stacy terfikir bagaimana kalau stacy tak kahwin nanti? Jadi lepas berbincang dengan keluarga, kami sama-sama mengambil keputusan untuk mengambil anak angkat. Lagipun stacy suka budak-budak. 


Kalau stacy kahwin pun mungkin stacy lebih teruja untuk dapat baby lebih dari perasaan nak kahwin. Kalau tiada masalah, mungkin lepas bella berusia 3 bulan stacy akan bawa dia tinggal bersama di Kl."

Serius, aku pun rasa happy bila tengok stacy dengan bella. Kalau korang tengok gambar bella kat bawah ni pulak, confirm korang rasa nak dukung dan cubit-cubit pipi dia. Comel sesangat! Hehe. Anyway, tahniah diucapkan kepada stacy. Diharapkan dengan kehadiran bella ni akan menceriakan lagi kehidupan stacy sekeluarga. Lagi 2 gambar comel anak angkat stacy :


Kredit sumber : Forum cari

Related Posts : artis, random, stacy af6

<b>Stacy AF</b> Puas Jaga Anak Dan Jadi Ibu!!! Dah Kahwin Ke?

Posted: 02 May 2012 05:00 PM PDT


Penyanyi remaja Stracie Angie Anam (Stacy) berkata pengalaman bergelar ibu kepada anak angkat Bella Valentina selama hampir tiga bulan memberikan kepuasan yang luar biasa kepadanya.

Penyanyi yang bakal menginjak usia 22 tahun pada Ogos depan itu berkata, kehadiran anak kecil itu membuatkan dia berasa berat hati untuk meninggalkannya dan keluar bekerja.
"Pada waktu ini, saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerja terutamanya programMania sehingga membataskan waktu untuk bersama Bella. Mujurlah ibu banyak membantu menguruskan Bella sewaktu ketiadaan saya.
"Setiap kali keluar bekerja, pasti saya tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana mahu menghabiskan waktu dengannya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, petang Rabu.
Stacy mengambil bayi yang dilahirkan pada 15 Februari lalu itu daripada salah seorang ahli keluarganya yang kurang berkemampuan.
Melanjutkan perbualan, penyanyi lagu Kasanova itu berkata, perkara terhebat yang dialaminya apabila bayi itu mengenali dan memberikan reaksi tertentu kepadanya setiap kali dia pulang dari kerja.
"Saya cukup hairan bagaimana Bella sudah boleh mengenali saya setiap kali saya menatapnya. Dia akan memberikan reaksi tertentu apabila bersama saya berbanding dengan reaksinya kepada ibu atau keluarga yang lain.
"Malah, Bella seolah mengetahui saya kepenatan bekerja sepanjang hari dan tidak banyak ragam pada sebelah malam ketika kami tidur bersama," akuinya yang tidak kekok menguruskan bayi itu kerana sudah terbiasa dikelilingi anak-anak saudara sejak dulu.
Beralih kepada topik kerjaya, Stacy mengakui pembabitan dalam program Mania selama lapan minggu banyak membantu publisiti diri dan perkembangan kariernya.
"Saya sangat penat dengan komitmen Mania tetapi saya berasa seronok dan dapat menimba banyak peluang baru dalam kerjaya.
"Walaupun penat saya amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan. Jadi saya tidak mahu banyak mengeluh," ujarnya yang bakal tampil dengan lagu terbaru berjudul Pelangi Senja tidak lama lagi.-Mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan