Nuffnang

Rabu, 8 Ogos 2012

Misha Omar - Google Blog Search

Misha Omar - Google Blog Search


Angin Syurga - <b>Misha Omar</b> @Lagubestbest Lyrics

Posted: 25 Jul 2012 06:16 AM PDT

Tajuk Lagu: Angin Syurga
Album: -
Artis: Misha Omar

Muzik Video: Angin Syurga - Misha Omar

Lirik Lagu: Angin Syurga - Misha Omar

Ku himpun waktu ucapan terindah
Terbenam sudah asmara
Mesranya siang dan malam
Selalu kau tiup kan angin syurga padaku

Ku himpun makna kata darimu
Harum yang mekar di kebun hati
Dan katamu sebuah kota bahagia dan berdiri

Korus:
Sehingga hujung masa
Berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
Kasihku... tuluskah cintamu
Sebuah jawapan ku damba dari bibir mu.. bibir mu

Tidakkah kau tahu hidup punya waktu
Kasih tersia bukan itu ku mahu
Andai kau membisu tentu akhirnya
Perpisahan ini akan tetap terjadi

Zamani 84: Jidin Puasa Lagi~ <b>Misha Omar</b> Selesa Berbaju Kurung

Posted: 04 Aug 2012 09:49 AM PDT

Seperti Yang Dikatakan, Misha Omar Memang Selesa Berbaju Kurung.
Mesti ramai yang tonton drama Jidin Puasa Lagi di TV3 tadi. Zam sebenarnya jarang dapat peluang tengok slot cerekarama sebelum ni, & kebetulan malam ni Zam ada masa lapang, jadi Zam luangkan masa tu untuk menonton sampai habis. Mula2 lagi, di babak Jidin bermimpi tu dah buat Zam tertarik.
Korang ingat babak kakak Jidin tunjukkan majalah Hai dekat ibunya dan bagitahu tentang Misha Omar yang selesa berbaju kurung? Tiba2, Zam teringat gambar2 Misha Omar ketika menghadiri Majlis Perkahwinan Nurul Wahab di Duches Palace. Misha Omar tampil sopan di majlis tersebut dengan berbaju kurung. Kata2 dalam drama tu mungkin mengikut skrip, namun dari apa yang dilihat, Misha sebenarnya memang selesa berbaju kurung :) Gambar- kredit sepenuhnya dari kawan Zam di FB, MISTA HERY.

<b>MISHA OMAR</b> AKUI TUNANG BUKAN LELAKI IDAMAN

Posted: 07 Aug 2012 02:23 PM PDT

Misha Omar Akui Tunang Bukan Lelaki Idaman: Penyanyi Misha Omar mengakui tunangnya bukanlah lelaki idaman tetapi mengakui dia kini pelengkap hidupnya.

Melalui laman blog hiburan GUA, penyanyi wanita Misha Omar atau nama penuhnya Samihah Omar yang telah bertunang dengan jejaka pilihannya, Firos Ezzwan Rossly mengakui juruterbang MAS itu bukanlah lelaki yang diidamkannya. Namun begitu Misha memberitahu lelaki idamannya belum tentu dapat membahagiakan dirinya seperti tunangnya kini.

"Kalau ikutkan minat, saya memang tidak suka dengan lelaki bertubuh gempal atau besar. saya suka lelaki Metroseksual. Firos tidak mempunyai ciri lelaki idaman saya itu. Namun,  saya pilih dia kerana keikhlasan dan kebaikan hati-budinya. Saya tahu dia menyayangi saya dengan sepenuh hati.  Kalau saya dapat lelaki idaman sekali pun, belum tentu dia boleh menyayangi saya seperti Firos lakukan. Kami saling menggagumi dan dia adalah lelaki terbaik untuk dijadikan suami dan ayah kepada anak saya. Dia melengkapi hidup saya,"

Pada masa yang sama, wajah baru Shiseido ini mengakui hidupnya kini semakin seimbang selepas bergelar tunangan orang. Menurut Misha, hatinya lebih tenang dan sentiasa berbunga memandangkan orang dicintai sentiasa bersamanya.

"Selepas bertunang saya dapat merasakan perbezaan dalam hidup saya. Dahulu orang sering buat spekulasi tentang status perkahwinan saya. Kini cerita-cerita begitu tidak kedengaran lagi. Hati saya rasa lebih tenang dan sudah tentu saya kini bahagia. Macam yang saya katakan tadi, Firos melengkapi hidup saya. Dia sentiasa cuba menggembirakan saya.

Walaupun kadang-kala berlaku perselisihan faham, tetapi kami berjaya mengharungi cabaran itu. Maklumlah alam pertunangan ini dugaannya besar. Orang kata 'darah manis'. Kalau ada perkara yang menimbulkan rasa kurang senang antara kami berdua, kami akan berbincang dengan baik. Saya bangga  dengan pencapaian kami hari ini. Tempoh bertunang ini adalah masa terbaik untuk kami belajar menyesuaikan diri," ujar Misha dengan wajah berseri-seri.


Ditanya tentang tarikh perkahwinan, Misha sekali lagi menjelaskan bahawa sehingga kini dia masih belum memilih tarikh yang diinginkan.

"Kalau boleh hendak selesaikan tahun hadapan. Kami memang hendak langsungkan perkahwinan cepat-cepat. Begitu juga dengan keluarga kedua-dua belah pihak. Tetapi, kami harus berfikir secara rasional. Firos masih dalam latihan kerja. Saya tidak mahu bebankan dia dengan memikirkan persiapan perkahwinan. Komitmen kerja lebih penting. Biarlah dia selesaikan latihan penerbangan dahulu sebab sekarang ini dia sering tertekan. Buat persiapan perkahwinan ini bukannya mudah. Banyak perkara yang perlu difikirkan. Saya tak mahu bebankan dia dengan lain-lain tanggungjawab,"

- Misha Omar Akui Tunang Bukan Lelaki Idaman

rate :5Jumlah voter : 99 user

COMMENTS not login yet? simple, your must login forblogger.net facebook following button below.

Log In Comment

10 Artikel Pilihan Ramai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan