Nuffnang

Sabtu, 29 September 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Darling Ngasri Nafi Keluarga <b>Aliff Aziz</b> Datang <b>...</b>

Posted: 06 Sep 2012 08:00 PM PDT

"Sebenarnya tidak ada sebarang komunikasi di antara pihak keluarga saya dengan pihak keluarga Aliff. Jika kami sekeluarga ke Singapura sekali pun, bukan kerana hendak berbincang soal perkahwinan Anne dan Aliff. Sebaliknya, kami memang selalu bercuti ke negara jiran itu kerana ramai kenalan di sana, termasuklah keluarga Aliff. Bagi saya, kalau Anne dan Aliff hendak bercerita kepada umum, biarlah selepas berbincang dengan keluarga. Sehingga kini, Anne tidak pernah cerita apa-apa pun kepada kami," ulas Darling Ngasri berhubung desas-desus yang mengatakan  adiknya akan melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi remaja dari Singapura itu.

Dalam masa yang sama, Darling tanpa berselindung mengakui dia beranggapan masih terlalu awal untuk Anne dan Aliff memikirkan soal perkahwinan.

"Sebaiknya, ambil masa yang secukupnya untuk mengenali hati-budi masing-masing. Masih terlalu awal untuk fikir soal kahwin. Rasanya, lebih baik mereka berkawan sahaja. Anne pun sebenarnya ada berkawan dengan orang lain. Mungkin dia tidak pasti dengan perasaannya sendiri. Bagaimanapun, saya tidak menghalang jika itu sudah jodoh mereka. Saya menerimanya dengan hati terbuka. Cuma saya mahu mereka  beri ruang pada diri masing-masing dan jangan terburu-buru buat keputusan," ulas Darling lagi.

Anne Ngasri dan Aliff Aziz mula hangat digosipkan bercinta bermula awal tahun lalu. Pada awalnya masing-masing menafikan perkara ini, namun akhirnya Anne dan Aliff mengakui selesa berkawan dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Jelas Anne, dia tidak kisah dengan perbezaan umur mereka kerana dia menyenangi peribadi penyanyi itu. Dalam masa yang sama, Anne juga mengakui Aliff rapat dan selesa dengan anak-anak dan keluarganya.

Sementara Aliff terus-terang memberitahu dia mudah tertarik pada wanita yang lebih berusia dan matang. Tambahnya lagi, dia mempelajari banyak perkara semenjak menjadi rapat dengan Anne. Bagi Aliff, Anne seorang mengambil berat dan sentiasa berfikiran positif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan