Nuffnang

Sabtu, 29 September 2012

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Serik Bicara Soal Kahwin.

Posted: 12 Sep 2012 09:41 PM PDT

alt

 

Spekulasi hubungan dingin pasangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia dilihat senyap seketika setelah perang mulut kedua-dua pihak yang membuat kenyataan bercanggah berkaitan status perkahwinan mereka.

 

Baru-baru ini Fizz Fairuz telah menjelaskan hubungan beliau bersama Almy Nadia masih baik dan tiada sebarang isu mahupun masalah berbangkit berlaku.

 

"Saya dengan Almy masih lagi berkawan dan tiada apa-apa masalah dengan dia. Kami masih lagi berhubung dan bertanya khabar antara satu sama lain" ujar Fizz Fairuz ketika disoal beberapa media Hiburan baru-baru ini.

 

Walaubagaimanapun Pelakon Drama Paling Popular (Kategori Lelaki) Anugerah Bintang Popular 2011 itu berkata beliau sudah serik untuk menjelaskan isu berkaitan perkahwinan. Isu tersebut telah mengganggu dirinya untuk fokus pada kerjaya dan beliau hanya berserah kepada jodoh yang ditentukan Ilahi.

 


alt

 

Beliau menambah, dalam usia yang baru sahaja 32 tahun, beliau tidak mahu terlalu fokus memikirkan soal rumah tangga yang dirancang bersama Almy  malah beliau sudah bersedia menerima sebarang takdir berkaitan status hubungannya bersama Almy Nadia.

 

"Saya tak nak pening-pening kepala, ada rezeki, ada jodoh kahwin, tak ada saya terima," ujarnya lagi.

 

Dalam pada itu, Fizz Fairuz bersama 2 pelakon terkenal Zizan Razak dan Remy Ishak bakal muncul dalam sebuah filem terbaru berjudul 'Hantu Kapcai' yang bakal ditayangkan pada 27 September 2012.

 

Fizz yang teruja dengan kemunculan filem tersebut mengakui sangat serasi berlakon bersama barisan aktor terkenal terutamanya pemegang watak utama kelahiran Raja Lawak musim Pertama Zizan Razak. [VIDEO DI SINI]

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan