Nuffnang

Sabtu, 29 September 2012

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


<b>Rosyam Nor</b> Saran Boikot Barang Yahudi.

Posted: 23 Sep 2012 09:13 PM PDT

Foto : Alif Mustapha

KUALA LUMPUR 24 Sept - Pelakon negara,  Rosyam Nor menyarankan kepada rakyat Malaysia agar memboikot daripada membeli barangan yang dikeluarkan oleh pihak Yahudi.

Menurut pelakon yang memiliki nama sebenar Mohamed Noor bin Shamsuddin itu, memboikot barangan mereka (Yahudi dan Amerika Syarikat) merupakan pengajaran paling besar di dunia ini yang boleh dilakukan oleh umat Islam bagi menunjukkan tanda protes terhadap tindakan mereka.

"Perkara ini (menghina agama Islam) sudah tertera di dalam Al-Quran. Mereka (orang kafir dan Yahudi) memiliki syurga di atas muka bumi ini dan mereka akan membuat tindakan untuk menghina orang Islam termasuklah Nabi Muhammad SAW.

"Tetapi sebagai orang Islam, tahap kesabaran kita turut ada batasnya.Saya percaya, mereka akan mendapat 'balasan' yang teruk di akhirat nanti," katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Pameran Mini MAHA di Universiti Putra Malaysia (UPM) malam tadi.

Rosyam Nor juga telah dipilih sebagai Ikon Kelab Myagrosif UPM.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai penerbitan filem 'Innoncent of Muslim' dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.

alt

Ditanya mengenai perhimpunan yang diadakan oleh umat Islam bagi menunjukkan tanda protes terhadap filem yang menghina Islam, beliau turut menyokong langkah tersebut.

"Bantahan merupakan suara yang harus diketengahkan. Sebagai orang beragama Islam dan rakyat Malaysia, kita berhak meluahkan rasa ketidakpuasanhati terhadap perkara ini.

"Tidak salah untuk lontarkan rasa protes, sama ada mereka dengara atau tidak, sekurang-kurangnya kita telah 'bersuara'," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan