Nuffnang

Sabtu, 29 September 2012

Jamal Abdillah - Google Blog Search

Jamal Abdillah - Google Blog Search


Ahmad Nawab Ingin Dedahkan Rahsia <b>Jamal Abdillah</b>

Posted: 09 Sep 2012 10:33 AM PDT

Ahmad Nawab Ingin Dedahkan Rahsia Jamal Abdillah: Tiga figura gergasi muzik tempatan, Jamal Abdillah, Dato' Khadijah Ibrahim serta Seniman Negara, Datuk Dr. Ahmad Nawab bakal digandingkan dalam sebuah konsert, Konsert Gemilang Malaysia di Kuantan, Singapura dan Kuala Lumpur pada 29 September sehingga 13 Oktober depan.

Berbekalkan pengalaman bernilai seabad, konsert tersebut bakal membawa penonton menjelajah merentasi masa serta pengalaman artis yang selama ini cukup dikenali menerusi hasil karya dan kolaborasi mereka melebihi 30 tahun.

Lebih manis apabila Dato' Khadijah dan Jamal Abdillah sendiri melancarkan kerjaya mereka di bawah bimbingan Datuk Ahmad Nawab, komposer yang telah menggubah lebih 2000 lagu bermelodi indah semenjak tahun 50an.

"Kami bukan itu saja, mereka juga akan mendendangkan lagu-lagu malar segar kami, malah kami akan menceritakan apa yang berlaku di sebalik tabir sewaktu pembikinan lagu tersebut," ujar Jamal Abdillah yang juga pemilik gelaran juara Bintang RTM  1979.

"Kami telah bekerjasama lebih 32 tahun dan pastinya anda akan terkejut mendengar cerita-cerita itu nanti. Jika penonton mahu mengetahui kesemua cerita-cerita menarik tersebut, datanglah mengikuti kesemua konsert jelajah itu nanti," tambah Dato' Khadijah lagi.

Pengalaman yang dihimpun oleh 2 penyanyi itu bersama Seniman Negara, Datuk Ahmad Nawab cukup berharga bagi dikongsikan bersama penonton yang hadir pada malam tersebut.

"Lebih-lebih lagi Jamal Abdillah yang memang banyak cerita di sebalik tabir sewaktu proses rakaman berlangsung. Tidak banyak diceritakan dalam persembahan sebelum ini, penonton juga perlu dibawa mengimbau kenangan teknologi rakaman pada waktu tersebut yang pastinya cukup berbeza dengan teknologi zaman sekarang," ujar Datuk Ahmad Nawab yang menjadi tulang belakang kejayaan pada nama-nama besar industri hiburan tempatan.

Konsert tersebut ditunjangi Yusoff Chobib selaku pengarah muzik serta pemain gitar, Dato' Ramli MS selaku pemain piano, Steve Thornton (perkusi), Syed Sharir Faisal (bass), Yuri (pemain drum), Rusmadi (pemain keyboard) dan Isyam Swardi (pemain gitar kedua).

Tiket bagi Konsert Gemilang boleh dibeli secara online di Ticket2u.biz pada harga RM150, RM75 dan RM50 untuk konsert di Dewan Jubli Intan, Kuantan. Manakala bagi konsert di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur pula berharga RM500, RM300, RM200 dan RM100.

Konsert Gemilang Malaysia dianjurkan oleh AMG Networks (M) Sdn. Bhd. - Ahmad Nawab Ingin Dedahkan Rahsia Jamal Abdillah

Connect Facebook

5.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan