Nuffnang

Sabtu, 29 September 2012

Farawahida - Google Blog Search

Farawahida - Google Blog Search


Nak Ada Rumah Sebelum Kahwin – <b>Farawahida</b> | MyNewsHub

Posted: 24 Sep 2012 12:47 AM PDT

KUALA LUMPUR – Penyanyi wanita, Farawahida, 27, atau Fara tidak berniat untuk menangguhkan perkahwinannya untuk tempoh masa  yang lebih lama lagi.

Sebelum ini, Fara pernah mengeluarkan kenyataan ingin menamatkan zaman bujangnya di usia 27 tahun kerana memikirkan usia itu sudah layak untuk bergelar seorang isteri.

Namun, hingga kini masih lagi tidak ada tanda-tanda menunjukkan Fara sedang melakukan persiapan ke jinjang pelamin.

Fara yang sedang bercinta dengan teman sekolahnya yang dikenali sejak 10 tahun lalu berharap mempunyai rumah sendiri sebelum melangsungkan perkahwinan.

Bagi Fara, mempunyai rumah sendiri membolehkan dia menguruskan rumah tangganya sendiri dan hidup berdikari.

"Bukan kami tidak pernah berbincang soal perkahwinan. Malah sepatutnya dalam usia 27 tahun ini, Fara sudah bergelar isteri. Kebanyakan ahli keluarga Fara mendirikan rumah tangga pada usia ini. Cuma Fara harap, sebelum kami berkahwin, kami sudah ada rumah sendiri.

"Fara tak mahulah selepas kahwin, Fara masih menumpang di rumah keluarga Fara atau mentua. Kami mahu belajar berdikari dan menguruskan rumah tangga sendiri. Bagaimanapun, bukanlah bermakna kalau tak ada rumah, kami tak boleh kahwin. Jika sudah sampai seru, kahwin saja," kata Fara yang dipetik dari Berita Harian Online.

Mengakui dia sedang bahagia bersama kekasih hati, Fara tidak mahu mengikat tali pertunangan  dan hanya mahu bernikah terus.

Tetapi, sekiranya bertunang, penyanyi yang popular dengan lagu Tanpamu itu tidak mahu terikat untuk tempoh yang terlalu lama.

"Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami baik-baik saja. Lagi pun, kami sudah saling mengenali hati budi masing-masing sejak 10 tahun dulu iaitu ketika di bangku sekolah lagi. Andai jodoh kami tiba, kami mahu kahwin terus, tak perlu nak bertunang.

"Kalau bertunang pun mungkin dalam tempoh yang singkat seperti tunang kemudian terus bernikah. Senang tak payah nak buat banyak majlis," kata Fara.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tercapai Impian: Zizie Kini Bergelar Datin

Hattan Tinggal Pesan Panas Buat Zubir

Tasha Shilla Mengaku Takut Mati

Marsha Kecewa Dengan Bidang Nyanyian

Stacy AF Puas Jaga Anak Angkat

Rafflesia Sambut Hari Ibu Bersama Artis

Selebriti Popular Mabuk Sebelum Atau Selepas Pulang Dari Umrah?

Raja Ilya Nak Bunuh Diri Sebab Putus Tunang?

Farah AF Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Ifa Raziah Disingkirkan Produksi Kerana Gemuk?

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan