Vanidah Imran - Google Blog Search |
- 'Pundi Kencing Dah Sendat' – <b>Vanidah Imran</b>, Filem “Untuk Tiga <b>...</b>
- <b>Vanidah Imran</b> & Rashidi Ishak Seronok Berkongsi Skrin | Ohberita <b>...</b>
- Rashidi Ishak Sudah Lama Tunggu Berlakon Bersama Isteri, <b>Vanidah</b>
'Pundi Kencing Dah Sendat' – <b>Vanidah Imran</b>, Filem “Untuk Tiga <b>...</b> Posted: 10 Sep 2012 01:37 AM PDT Itulah antara dialog yang digunakan oleh Vanidah Imran didalam filem terbaru arahan Afdlin Shauki, "Untuk Tiga Hari". Vanidah memegang watak sebagai seorang gadis yang mencintai seorang lelaki dan dia juga adalah seorang gadis yang mempunyai tabiat 'melatah'. Sebagai sebuah filem yang diarahkan oleh pengarah box-office dan juga dari penerbit filem "Lagenda Budak Setan" dan "Ombak Rindu", filem ini bakal membariskan pelakon-pelakon hebat seperti, Afdlin Shauki sendiri, Ayu Raudhah, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ainul Aishah, dan juga Dira Abu Zahar. Filem yang diadaptasi dari novel Ahadiat Akashah ini mengisahkan tentang 2 orang pasangan kekasih yang telah berjanji untuk bersama setelah mereka berdua terpaksa berkahwin atas pilihan keluarga masing-masing. Zafrin ( Rashidi Ishak ) yang mencintai Ujie ( Vanidah Imran ) terpaksa mengikut kehendak ibunya untuk berkahwin dengan Juwita ( Ayu Raudhah ). Manakala Ujie pula terpaksa berkahwin dengan Armi ( Afdlin Shauki ). Namun Zafrin dan Ujie telah berjanji akan bercerai dengan pasangan masing-masing selepas 3 hari. Sepanjang 3 hari, banyak perkara yang telah berlaku, masing-masing cuba mempertahankan janji masing-masing. Namun, dapatkah Zafrin dan Ujie menunaikan janji mereka berdua? Adakah keduanya dapat menyempurnakan cinta abadi mereka? Boleh dikatakan, ini adalah sebuah kisah cinta yang mungkin pernah terjadi didalam masyarakat. Namun, kita semua tidak akan menyangka perkara seperti ini boleh berlaku. Jodoh diperlakukan seperti mainan. Perkahwinan hanya sekadar drama. Kerana pentingkan diri, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. Bagi OHBULAN!, filem ini adalah antara filem yang wajib anda tonton. "Untuk Tiga Hari" bakal dilancarkan dipawagam seluruh Malaysia pada 20 September 2012 ini. Jom tonton trailer selepas ini. Kredit Foto : Suhaizul Izhar Ismail |
<b>Vanidah Imran</b> & Rashidi Ishak Seronok Berkongsi Skrin | Ohberita <b>...</b> Posted: 12 Sep 2012 01:59 AM PDT Pasangan pelakon Vanidah Imran dan Rashidi Ishak mengakui berasa seronok kerana dapat bergandingan dalam sebuah filem. Menurut Rashidi apabila Afdlin Shauki menawarkan watak Zafrin kepadanya, dia berasa cukup teruja kerana memang sudah lama dia menantikan peluang sebegitu. "Saya dan Vee memang sentiasa nantikan satu skrip yang menggabungkan kami bersama. Saya sangat teruja apabila Afdlin tawarkan watak Zafrin kepada saya. Sebelum ini saya tidak pernah cakap pada Vee yang saya teringin bergandingan dengannya dalam filem, tapi saya akuinya sekarang," ujar Rashidi ketika ditemui pada majlis pratonton filem 'Untuk Tiga Hari' pada Isnin. Dalam masa yang sama, Rashidi turut memberitahu bahawa dia meletakkan harapan yang tinggi terhadap dirinya kerana tidak mahu mengecewakan pengarah, selain beranggapan 'Untuk Tiga Hari' merupakan satu nashah yang cukup bagus. "Filem ini satu naskah yang baik. Selain itu, ia juga mendapat sentuhan seorang pengarah yang bagus. Sebab itu saya letakkan harapan yang tinggi terhadap diri saya. Saya tidak mahu mengecewakan pihak penerbit dan pihak produksi jika gagal membawakan watak ini dengan baik. Berlakon dengan Ayu Raudhah, saya tidak ada masalah. Dia seorang pelakon yang bijak menyesuaikan diri. Untuk babak-babak panas di antara kami, memang agak sukar melakonkannya memandangkan status masing-masing yang sudah berpunya. Tetapi, masalah itu kami berjaya atasi kerana mahu berikan yang terbaik," ujar Rashidi. Sementara itu, Vanidah Imran pula memberitahu dia tidak sangka Afdlin akan menawarkan watak hero kepada suaminya itu. Jelasnya, walaupun sudah dimaklumkan tentang projek filem itu dua tahun sebelum penggambaran bermula, tetapi dia tidak tahu nama-nama pelakon yang akan terpilih. " Saya sendiri tidak tahu nama watak yang harus saya lakonkan. Inikan pula nama pelakon lain. Apabila Afdlin beritahu dia mahu gandingkan saya dengan suami, memang saya agak terkejut. Maklumlah, tidak ramai pengarah yang berani pertaruhkan pasangan suami-isteri untuk filem mereka. Ini membuktikan Afdlin seorang pengarah yang lain daripada yang lain. Dia tahu apa yang dia mahukan. Saya bangga dapat berkerjasama dengan Afdlin kerana dia bijak mencari sisi berbeza seseorang pelakon. Untuk filem ini misalnya, dia mahu saya ada sifat latah. Bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan, tetapi dengan bimbingan Afdlin, latah saya itu nampak meyakinkan. Mujur, tidak terbawa-bawa ke luar set penggambaran," ujar Vee. |
Rashidi Ishak Sudah Lama Tunggu Berlakon Bersama Isteri, <b>Vanidah</b> Posted: 11 Sep 2012 12:59 AM PDT Kalau dilihat, pasangan selebriti bahagia iaitu Vanidah Imran dan Rashidi Ishak memang selalu bersama. Namun, belum pernah lagi ada filem atau mana-mana produksi yang berani menggabungkan kedua-dua pelakon berbakat ini. Namun, lain bagi Afdlin Shauki, pengarah box-office yang tampil dengan filem baru berjudul "Untuk Tiga Hari". Baginya, Vanidah dan Shidee adalah pelakon yang paling sesuai untuk ditampilkan bersama. Walaupun Vanidah dan Shidee adalah pasangan suami isteri, namun Afdlin telah memisahkan mereka dengan filem terbarunya yang diadaptasi dari novel Ahadiat Akashah. Shidee ketika ditemubual memberitahu, "Saya sudah lama tunggu skrip yang akan menggabungkan saya bersama isteri saya. Walaupun saya tak pernah beritahu Vanidah, tapi memang saya menunggu saat ini." Bagi Shidee, dia selalu meletakkan "expectation" yang tinggi terhadap dirinya sehinggakan ketika sesi tayangan "Untuk Tiga Hari" bersama para pelakon dan media, Shidee mengambil langkah untuk tidak menonton sekali. "Saya masih belum tonton lagi hasil filem ini. Saya mahu 'simpan' sehingga hari tayangan perdana filem ini bersama peminat," jelas Shidee. Lain pula bagi Vanidah Imran, dia mengaku terkejut dan tidak menyangka bahawa Afdlin akan mengambil dia dan suaminya untuk berlakon dalam satu filem. "Saya terperanjat kerana tak pernah ada orang ambil suami dan isteri berlakon bersama. Saya memang sudah tahu tentang tawaran berlakon ini, tapi apabila diberitahu oleh Afdlin melalui telefon bahawa suami saya akan memegang salah satu watak didalam filem, saya sangat terkejut," ujar Vanidah Imran. Anda pasti tidak sabar bukan untuk melihat gandingan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak. Mereka berdua akan muncul dalam filem "Untuk Tiga Hari" yang akan mula ditayangkan pada 20 September ini. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menonton filem ini ya! |
You are subscribed to email updates from Vanidah Imran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan