Nuffnang

Khamis, 27 September 2012

Awan Band - Google Blog Search

Awan Band - Google Blog Search


Helah MAYA dari <b>AWANBAND</b> - OnlineFM

Posted: 26 Sep 2012 05:57 PM PDT

Jika melayari XFM.com.my pasti lagu Helah Maya akan kedengaran, siapa tidak kenal pemilik lagu tersebut iaitu Awanband. Mereka dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Ully (gitaris utama), Boboi (gitaris kedua), Ijan (drum), Hassan (bass) dan Faris (vokalis). Ditubuhkan pada tahun 2007 dimana mereka cuba membawakan konsep yang tersendiri dan memuatkan album pertama mereka dengan 6 buah lagu yang guba dengan pelbagai mood.
Album ini turut mempersembahkan vokal yang mantap dari Faris serta memberikan kelainan dari segi kreativiti penggubahan lagu. Berkonsepkan muzik progresif dan pop, album ini tentunya mampu menepati citarasa golongan muda. Buktinya, walaupun baru mengeluarkan album pertama mereka, Awanband telah mengumpul hampir 10,000 peminat terutama golongan muda di laman Facebook dan Twitter rasmi mereka.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuklah Lintasan Bintang, Tunggu, Oh My Love, Kartita, Dramatik, dan juga Roda Khayalan selain Helah Maya. Pastinya single pertama mereka iaitu 'Kartita' mampu memikat halwa telinga anda. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan