Nuffnang

Khamis, 27 September 2012

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: Emosi <b>Fouziah Gous</b> masih terganggu

Posted: 21 Sep 2012 02:33 AM PDT

Pelakon tinggi lampai Fouziah Gous mengakui kehidupan agak kosong selepas kematian bapa tercinta Mohd Gous Agulam Dastagir pada 11 Ogos yang lalu dan menyebabkan dia hilang fokus dengan bidang lakonan. 

Walaupun sudah berehat lebih 2 minggu namun Fouziah akui emosinya masih terganggu dan sukar memberikan tumpuan kepada lakonan. 

"Saya baru sahaja pulang dari bercuti selepas kematian arwah. Saya akui bukan mudah untuk menerima hakikat orang yang kita sayang sudah tiada. Syukur kepada tuhan kerana memberikan kekuatan sebegini kepada saya." 

"Walaupun sudah mulai bekerja namun tumpuan yang saya berikan masih tidak sepenuhnya. Fikiran saya agak bercelaru dan seringkali memikirkan ibu saya yang berada di kampung." 

Dipetik dari laporan mStar, Fouziah berkata terpaksa menguatkan semangat dan mengembalikan rentak kerja yang sebelum ini agar tidak terlalu memikirkan perasaan sendiri kerana telah banyak komitment tergendala berikutan permohonan saya untuk berehat selama 14 hari. 

"Saya terpaksa lunaskan tanggungjawab pada beberapa projek lakonan kerana ia sudah tertangguh sebelum ini apabila bapa saya meninggal dunia. 

"Mahu tidak mahu, saya perlu fokus dan mencari kekuatan agar dapat bekerja seperti sedia kala," katanya yang baru pulang dari Maghribi untuk penggambaran telefilem "Siapa Di Hatimu", minggu lalu." 

Dalam perkembangan lain, Fouziah bakal membintangi drama bersiri seram berjudul "Dendam Sarakit" sebagai Sarakit cabaran yang paling sukar adalah kerana dia terpaksa bertutur di dalam Bahasa Malaysia baku untuk menjiwai watak tersebut. 

"Sukar untuk saya melakonkan watak ini dengan bertutur di dalam Bahasa Malaysia baku. Tambahan pula, zaman sekarang mana lagi yang bercakap baku dan menggunakan ayat rasmi. Semua diucap pendek jika berbual biasa." Antara kesusahan yang terpaksa ditempuhi sepanjang 32 hari penggambaran adalah lokasi yang jauh dari keluarga di Bentong, dan menjalani penggambaran di Thailand membuatkan perasaan rindu kepada ibunya mendalam. 

"Saya seringkali terfikir keadaan ibu yang kini sendiri di sana. Saya memang kadang- kadang hilang fokus. Jika ada masa yang tidak melibatkan saya, saya akan pulang sekejap." 

Bapa Fouziah meninggal dunia pada 11 Ogos lalu akibat sakit tua pada usia 75 tahun.

KEMATIAN BAPA: <b>FOUZIAH GOUS</b> MASIH KELIRU - MyArtis

Posted: 20 Sep 2012 04:56 PM PDT

Meskipun telah meninggal dunia lebih sebulan, namun Fouziah Gous mengakui kesedihan terhadap kematian bapanya Mohd Gous Agulam Dastagir membuat dia hilang fokus pada kerjaya seni yang dibinanya selama ini.

"Saya baru sahaja kembali bekerja selepas lebih dua minggu berehat di rumah kerana kematian bapa. Alhamdulillah, emosi saya makin stabil sekarang tetapi perasaan sedih itu tentulah masih ada.

Klik untuk imej besar...

"Walaupun saya sudah mula berlakon, tumpuan terhadap kerja itu tidak sepenuhnya. Fikiran saya masih bercelaru dan tidak boleh fokus berbanding komitmen yang biasa saya berikan sebelum ini," katanya kepada media.

Untuk mengatasi kedukaannya itu, dia terpaksa berusaha mengembalikan rentak dan tumpuan kerana sudah terikat dengan pelbagai komitmen yang tertangguh sebelum ini.

"Saya terpaksa lunaskan tanggungjawab pada beberapa projek lakonan kerana ia sudah tertangguh sebelum ini apabila bapa saya meninggal dunia.

"Mahu tidak mahu, saya perlu fokus dan mencari kekuatan agar dapat bekerja seperti sedia kala," ujarnya.

Tambah pelakon itu, akibat tidak tahan menanggung rindu pada ibunya, dia curi-curi peluang juga balik ke Kuala Lumpur apabila penggambaran tidak melibatkan adegannya.

Untuk info, bapa Fouziah meninggal dunia pada 11 Ogos lalu akibat sakit tua pada usia 75 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan