Hans Isaac - Google Blog Search |
Gossip Neelofa Ikut <b>Hans Isaac</b> Bercuti Di Koh Samui | Sensasi <b>...</b> Posted: 25 Sep 2012 12:54 AM PDT Budiey dengar, pelakon jelita Neelofa ni kini dikhabarkan tidak berada di Malaysia. Perkara ini diberitahu sendiri oleh Neelofa apabila heroin drama Kau Yang Terindah itu menulis di Twitter mengatakan yang dia dalam perjalanan ke lapangan terbang. Jika betul tentang gossip ini, bermakna Neelofa sekali lagi tak hadir di Majlis Prebiu Filem Hantu Kapcai yang akan berlangsung pada malam ini. Budiey kira, Neelofa memegang watak yang tak kurang penting juga dalam filem ini arahan Ghaz Abu Bakar ni. Mungkin selepas ini, peminat akan dapat melihat gambar Neelofa di Koh Samui. Khabar angin dari sebuah blog mengatakan Neelofa terbang ke Koh Samui, Thailand untuk bercuti bersama Hans Isaac dan berita tersebut diperolehi daripada akaun Twitter dengan nama Kepak Merah. Dakwaan tersebut kemungkinan besar betul, kerana Hans Isaac juga dikatakan ada mengesahkan yang beliau juga berada di pulau tersebut. Menguatkan lagi spekulasi, tulisan terakhir Neelofa semalam adalah sekitar 1.46 petang yang secara kebetulan selari dengan masa penerbangan dari lapangan terbang ke lokasi percutian popular itu. Kebetulan, mungkin. Updated: Semasa hadir di Prebiu Media Filem Hantu Kapcai yang berlangsung semalam, Budiey sempat menemubual pelakon Neelofa tentang kesahihan gossip ini. Neelofa telah menafikan gossip bersama Hans Isaac di Koh Samui. Menurut Neelofa, beliau ke Phuket untuk bercuti bersama kawan-kawannya. Manakala, Hans Isaac pula ke sana bersama sepupunya. Ikuti video temubual eksklusif bersama Neelofa ini: Pelakon Neelofa menganggap dakwaan kononnya dia pergi bercuti bersama aktor dan penerbit Hans Isaac secara rahsia di Koh Samui, Thailand pada hujung minggu lalu sebagai tindakan sabotaj yang bertujuan memburukkan reputasinya. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, tuduhan berdasarkan maklumat tidak benar yang diperoleh itu adalah tidak wajar dipercayai kerana mereka bercuti secara berasingan. "Ini (dakwaan) sebagai tindakan sabotaj pihak tertentu untuk memburukkan reputasi saya. Hakikatnya, saya dan Hans bercuti secara berasingan di dua lokasi berbeza. "Saya pergi ke Phuket, Thailand bersama rakan-rakan pada Ahad dan Isnin, manakala Hans ke Koh Samui bersama kenalan permainan golfnya. Walhal Nazim (Othman) yang turut berada di Phuket pada minggu lalu tidak pula dikaitkan dengan saya? "Saya percaya kontroversi ini timbul kerana secara kebetulan saya dan Hans berada di lokasi percutian yang berhampiran sahaja," katanya ketika ditemui pada malam gala filem Hantu Kapcai di sini, malam Selasa. Neelofa berkata, dia berasa terkilan dengan perkara itu kerana niatnya untuk berehat daripada tekanan kerja pada hujung minggu lalu, sebaliknya menimbulkan kontroversi pada mata umum. "Penyebaran gambar dan maklumat di blog-blog dan Internet adalah perbuatan khianat yang tidak adil untuk diri saya. Saya terima kontroversi ini dengan tenang dan matang. "Bagi saya, ia adalah resam dalam dunia hiburan namun timbul juga perasaan terkilan kerana hasrat untuk berehat daripada tekanan kerja mengundang isu pula," jelasnya yang percaya Hans tidak mengambil pusing mengenai kontroversi remeh itu. Neelofa berkata, dia juga berasa kesal dengan tindakannya mengemas kini mesej di akaun Twitter pada tengah hari Ahad lalu mengenai percutiannya yang menimbulkan salah faham dan isu. "Timbul juga kekesalan kerana niat saya mengemas kini mesej pada akaun Twitter pada Ahad lalu adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat mengenai percutian singkat itu. "Saya tidak sangka mesej itu menimbulkan salah faham dan spekulasi yang akhirnya memaksa saya membuat penjelasan umum," luahnya. Mengenai kerjaya, juara pertandingan Dewi Remaja 2010 ini bakal muncul dengan filem terbaru Hantu Kapcai arahan Ghaz Abu Bakar di samping Zizan Razak, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Hairul Azreen. "Dalam filem itu, saya menggalas watak gadis kampung yang bertudung bernama Khadijah. Ia bukanlah watak yang sukar untuk dibawakan tetapi pengalaman berlakon dalam filem ini menarik. "Insya-Allah, selepas ini saya akan sibuk dengan komitmen rakaman program Nona, aktiviti bersama Tune Records di Singapura dan pada pertengahan Oktober saya mungkin akan memulakan penggambaran filem Pilot Cafe," kongsinya. Sumber: Mstar Online Berita ini juga disiarkan di Berita Harian pada 27 September 2012: Neelofa tak tolak andaian gambar disabotaj pihak tertentu Niatnya untuk bercuti ke luar negara hanyalah bagi meredakan ketegangan serta melepaskan lelah selepas bekerja selama beberapa bulan tanpa henti. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Gara-gara gambar lokasi percutian yang disiarkan di laman Twitter miliknya, pelakon dan pengacara, Neelofa, diheret ke kancah kontroversi apabila didakwa percutiannya itu turut ditemani aktor, Hans Isaac, di Koh Samui, Thailand.
Gosip terbabit timbul apabila Hans pada masa sama turut menyiarkan gambar lokasi percutiannya di Twitter dan lokasi gambar itu didakwa punya persamaan dengan gambar dipaparkan Neelofa dalam laman sosialnya. Bermula saat itu, timbul pelbagai spekulasi, antaranya apakah pasangan teman tapi mesra ini sedang asyik memadu cinta di pulau peranginan terkenal terbabit? Bagaimanapun, ketika ditanyakan perkara itu kepada si empunya diri, Neelofa berkali-kali menegaskan dia tidak bercuti dengan Hans seperti disangka banyak pihak.
Mengulas lanjut perkara itu, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor ini berkata, dia tidak menolak andaian gambar percutiannya itu disabotaj sesetengah pihak.
Kontroversi babak pegang tangan Ditanya apakah dia ada berkomunikasi dengan aktor serta pengarah tinggi lampai itu, Neelofa hanya menggelengkan kepala.
Ternyata satu demi satu kontroversi melanda wanita ini. Sebelum ini, babak dirinya dan Nazim Othman berpegangan tangan sambil mengadap Kaabah seperti yang tersiar dalam episod terakhir drama rantaian, Kau Yang Terindah, minggu lalu mendapat kritikan banyak pihak kerana ia membabitkan soal muhrim. Merungkai kemusykilan itu, Neelofa yang baru saja dilantik menjadi duta jenama tilam King Koil berkata, babak itu bukanlah dirakamkan di Makkah seperti didakwa.
Tags: blog gossip, Blog Hiburan, Gambar Neelofa, Gossip Artis Malaysia, Gossip Hans Isaac, Gossip Neelofa, Hantu Kapcai, Kekasih Neelofa, Neelofa di Koh Samui, photo selebriti, Prebiu Filem, Pulau Phuket, skandal artis, Thailand, Twitter Selebriti Tags: blog gossip, Blog Hiburan, Gambar Neelofa, Gossip Artis Malaysia, Gossip Hans Isaac, Gossip Neelofa, Hantu Kapcai, Kekasih Neelofa, Neelofa di Koh Samui, photo selebriti, Prebiu Filem, Pulau Phuket, skandal artis, Thailand, Twitter SelebritiClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan:
|
Gossip: Neelofa, <b>Hans Isaac</b> Bercuti Sama Ke Koh Samui, Thailand <b>...</b> Posted: 23 Sep 2012 06:41 PM PDT Gossip: Neelofa, Hans Isaac Bercuti Sama Ke Koh Samui, Thailand?Selamat tinggal Malaysia. Ini merupakan gossip yang terakhir daripada kami. Neelofa pasti bakal menghantar surat arahan untuk kami hentikan operasi serta merta. Heh. Semalam, tidak berapa lama selepas Neelofa menulis di Twitter mengatakan yang beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang, kami menerima tips tentang destinasi beliau. Akaun Twitter dengan nama Kepak Merah mengatakan yang menurut sumber sahih, Neelofa terbang ke Koh Samui, Thailand untuk bercuti bersama Hans Isaac. Itu dia sebiji gossip panas. Mengetahui identiti sebenar di'sebalik Kepak Merah, gossip yang beliau sampaikan ini ada kebarangkalian benar — selain Hans Isaac sahkan yang beliau berada di Koh Samui. Tulisan terakhir Neelofa semalam adalah sekitar 1.46 petang yang secara kebetulan selari dengan masa penerbangan dari lapangan terbang ke lokasi percutian popular itu. Kebetulan. |
You are subscribed to email updates from Hans Isaac - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan