Nuffnang

Khamis, 27 September 2012

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Hanif Bin Idrus Blog: <b>Remy Ishak</b> Kini Single

Posted: 21 Sep 2012 11:56 AM PDT


ENGGAN mengesahkan mahupun menafikan, tetapi mengakui dirinya sedikit terganggu. Itu jawapan yang diberikan oleh aktres Tiz Zakiah ketika diminta memberikan komen tentang kebenaran dia dan kekasihnya, aktor Remy Ishak kini telah putus cinta.Ia ekoran selepas Remy sendiri mengakui telah mengakhiri hubungan cinta itu di akaun Twitter miliknya pada 20 September lalu (kelmarin).
Remy telah menulis di akuan Twitter miliknya: "The relationship was gone a long time ago, i haven't been involved with anything and everything.
"The best way to end the relationship is to burn the bridge. Glad i did it. No turning back."
Tiz yang dihubungi Kosmo! semalam menegaskan dia enggan memanjangkan cerita cinta mahupun memberi komen mengenai kehidupan peribadinya."Saya tidak mahu komen hal peribadi. Apa yang ditulis Remy di Twitter itu hak dia. Siapa yang baca Twitter dia bacalah, saya tidak mahu komen mengenai tulisannya di Twitter.
"Sebenarnya, saya penat disoal soalan yang sama berulang kali. Jika boleh, saya mahu peminat menumpukan perhatian terhadap kerjaya saya bukannya kisah peribadi," ujarnya.Biarpun begitu, Tiz yang kini sibuk berlakon drama bersiri Cinta Jangan Pergi yang turut menampilkan Remy Ishak mengakui: "Ya, saya mengaku ada terganggu sedikit tetapi saya masih boleh tanganinya dengan baik.
"Drama yang lakonan saya ini (Cinta Jangan Pergi) turut menampilkan Remy tetapi setakat hari ini kami belum ada sebarang babak bersama. Walau apa pun yang terjadi, apabila tiba bab kerja, saya dan Remy akan bersikap profesional," ujar aktres yang popular dengan filem dan drama Nur Kasih itu.Tiz dalam pada itu menafikan hubungan cintanya diganggu orang ketiga. "Mengarutlah, tiada orang ketiga (antara kami)," tegas Tiz. -

<b>Remy Ishak</b> Akui Berpisah, Tiz Zaqyah Enggan Komen - Gua.com.my

Posted: 23 Sep 2012 02:04 AM PDT

Gambar: Arkib GUA

Mereka berdua antara pasangan kekasih yang cukup diminati para peminat. Namun, apakan daya. Jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan.

Selepas sekian lama membiarkan peminat berspekulasi, lebih-lebih lagi ekoran tulisannya di Twitter pada 20 Sept lalu yang berbunyi,

"The relationship was gone a long time ago, i haven't been involved with anything and everything.

"the best way to end the relationship is to burn the bridge.. glad i did it. No turning back.

"Kita patut bersyukur dengan pengalaman pahit yg tuhan berikan. Jgn sesekali menyesal, itu adalah pelajaran."

Hari ini, melalui akhbar Kosmo!, Remy Ishak mengiyakan khabar berita bahawa hubungannya dengan Tiz Zaqyah sudah menemui penghujungnya selepas tiga tahun bersama.

Kongsinya kepada wartawan Kosmo, dia tampil membuat kenyataan "agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar."

Jelas teraju utama filem 29 Februari itu, status mereka sebagai kekasih berakhir tiga bulan lalu. Meskipun sedih, namun dia akur yang dia "harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu diterokainya."

"Saya dan Tiz kena terima hakikat bahawa kami tidak sefahaman dan tidak boleh meneruskan komitmen."

Dia juga lantas menidakkan punca perpisahan itu disebabkan kehadiran orang ketiga. Sebaliknya menegaskan mereka "putus secara baik" dan "tiada siapa yang salah atau siapa betul" di dalam hal ini."

Tiz enggan komen
Berlainan pula dengan Tiz yang menolak untuk mengulas lanjut tentang status hubungannya dengan Remy.

Katanya kepada Kosmo!, dia sudah penat berulang kali diasak dengan persoalan yang sama. Memilih untuk "tidak mahu komen hal peribadi", dia juga enggan memberi respon terhadap tulisan Remy di Twitter.

Mengenai isu orang ketiga, jawab Tiz, "Mengarutlah, tiada orang ketiga." 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan