Nuffnang

Khamis, 27 September 2012

kumpulan KRU - Google Blog Search

kumpulan KRU - Google Blog Search


MyTabloid: Tampil Single Baru, <b>KRU</b> Dedikasi Lagu Kepada Ibu

Posted: 17 Sep 2012 02:00 AM PDT

KRU bakal muncul dengan album baru pada November depan. - Foto oleh RAYMOND OOI

CYBERJAYA: Anggota kumpulan KRU, Norman Abdul Halim memberitahu mereka akan melancarkan sebuah single terbaru berjudul Wanita yang ditujukan khas buat ibu mereka Zarina Fenner.

Norman berkata, lagu berkenaan yang ditulis sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim itu didedikasikan kepada ibu mereka sebagai tanda peringatan jasa dan pengorbanan wanita itu kepada mereka.

"Secara asasnya lagu itu dibuat untuk menghargai semua wanita tetapi bagi kami tiga beradik ia adalah satu penghargaan buat ibu kami yang banyak memberi tunjuk ajar, memberi nasihat dan sentiasa berada di sisi kami," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis rumah terbuka KRU di sini pada Sabtu.

Norman memberitahu lagu tersebut akan dimuatkan dalam album terbaru mereka yang berjudul KRUNOMENA yang bakal berada di pasaran pada November depan.

Dalam pda itu, Norman memberitahu single terbaru mereka itu akan dilancarkan selewat-lewatnya pada minggu hadapan di laman Youtube sebelum ia dimainkan di semua stesen radio tempatan.

Kata Norman, mereka turut akan melancarkan klip video lagu tersebut sebagai salah satu promosi lagu dan album itu.

"Untuk lancarkan lagu itu secara serentak di stesen radio mungkin sukar pada masa sekarang jadi kami akan melancarkan secara rasmi di Youtube selewat-lewatnya pada minggu hadapan," ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah mereka bersedia untuk membuat persembahan bersempena kelahiran album baru sebagai promosi, Norman memberitahu dia perlu berbincang dengan Yusry dan Edry terlebih dahulu.

Ini kerana kata Norman, komitmen dan jadual mereka yang sangat padat mungkin membataskan hasrat mereka untuk berbuat demikian.

"Barangkali kami akan memperbanyakkan promosi album itu dengan kemunculan klip video dan untuk mengadakan persembahan itu mungkin agak sukar kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pada majlis rumah terbuka KRU disambut meriah dengan kehadiran keluarga terdekat dan rakan-rakan artis seperti Fizz Fairuz, Forteen, Harun Salim Bachik dan Wings.

-mStar


Video : Bayi 1 tahun dirogol, dipukul sehingga hampir mati

Apa Sudah Jadi Dengan Muka Edry <b>KRU</b>? | Informasi.My

Posted: 18 Sep 2012 01:56 AM PDT

Posted on 18 September 2012.

KL, 18 SEPT 2012: Sudah menjadi adat dalam dunia seni hiburan tempatan, setiap kali munculnya sesebuah kumpulan vokal atau muzik baru, sudah pasti ahli kumpulan yang memiliki wajah yang tampan atau jelita lebih mendapat perhatian daripada peminat.

Apa Sudah Jadi Dengan Muka Edry KRU?

Malah, media pun terutama sekali majalah lebih gemar menggunakan mereka ini sebagai penghias kulit hadapan. Kalau Murai Batu nak beri contoh, mungking terlalu ramai rasanya.

Jadi, tidak hairanlah ketika di awal kemunculan kumpulan trio adik-beradik, KRU yang dibarisi Norman, Yusry dan Edry, nama Yusry lebih menjadi perhatian peminat. Betul tak dik non dik non?

Namun, selain Yusry, Edry juga boleh dikatakan berjaya menyaingi ketampanan wajah abangnya si Yusry itu.

Pun begitu, Murai Batu terkejut apabila diberitahu tentang kisah terbaru tentang Edry tatkala dia pulang dari rumah terbuka KRU yang telah diadakan di kediaman Norman pada penghujung minggu lalu.

Menurut teman Murai Batu itu, dia amat terkejut apabila melihat wajah Edry yang boleh dianggap berlainan. Dengarnya, wajah Edry tidak lagi seperti dahulu yang mana perbezaannya jelas ketara dapat dilihat di bahagian hidung Edry. Hah, biar betul?

Ditanya apa sudah terjadi, teman Murai Batu itu tidak tahu apa yang berlaku. Namun, ada desas-desus mengatakan Edry telah melakukan sesuatu untuk kelihatan lebih tampan dan nampak lebih muda.

Apa? Takkanlah Edry dah buat hidung kot? Pun begitu, ada juga sumber mengatakan wajah Edry kelihatan berbeza dek kerana dia kini sudah semakin kurus dan cekung di bahagian muka. Sebab itulah, wajahnya berubah dan sudah jadi lain.

Selepas dengar cerita ini, Murai Batu membanding wajah Edry yang dulu dan sekarang. Ternyata, amat berbeza. Apa kes pun, Murai Batu nak tahu jugalah jawapan dari Edry sendiri. Benarkah wajahnya sudah berubah terutama sekali di bahagian hidung.

Incoming search terms:

  • edry kru buat hidung
  • NORMAN KRU

Topik Panas! ::

  1. Aaron Aziz Jadi Chef Untuk Muka Depan Majalah Aroma
  2. Bayi Dilahirkan Dengan 2 Muka dan 4 Mata
  3. Muka hancur ditetak samseng
  4. Lisa Surihani Akui Jatuh Cinta Dengan Yusry Melalui BBM
  5. Menafsir Dari Segi Raut Muka

Tiada ulasan:

Catat Komen