Nuffnang

Rabu, 19 September 2012

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


Penggempur Mutiara: [GAMBAR] Wajah Terkini <b>Eira Syazira</b> Yang <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2012 09:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Aktres Eira Syazira enggan memanjakan dirinya walaupun sedang mengandung lima bulan demi memenuhi tuntutan sebagai seorang pelakon.
Pemilik nama sebenar Syazira Shuhaimi, 28, berkata, dia mengambil pendekatan itu kerana tidak mahu dirinya menjadi lesu atau lemah yang sekali gus boleh menjejaskan rutin hariannya.
"Saya berlakon dan melakukan kerja-kerja rumah macam biasa sebelum ini. Saya sengaja tidak memanjakan diri supaya badan saya kelihatan cerdas walaupun sedang mengandung.
"Alhamdulillah, setakat ini saya melaksanakan tugas saya seperti biasa walaupun terdapat sedikit masalah terhadap kandungan saya kerana saya terlalu aktif berlakon. Bagaimanapun masalah itu tidaklah begitu serius," katanya ketika ditemui mStar Onlinepada jamuan Hari Raya anjuran pengarah filem Ahmad Idham di kediamannya di Bukit Jalil di sini.

Isteri kepada aktor Azad Jazmin ini berkata, dia hanya akan berehat selepas menamatkan komitmen sebuah telefilem untuk TV AlHijrah yang akan memulakan penggambaran pada Khamis ini.
"Saya masih aktif berlakon sehingga kini. Rasa sayang pula hendak tolak kerana satu demi satu tawaran masuk sehinggalah Ramadan lalu.
"Bayangkan, sepanjang mengandung saya sempat siapkan tujuh telefilem. Mungkin selepas tamat penggambaran telefilem dengan TV AlHijrah di samping Aqasha dan suami, baru saya berehat panjang," katanya.
Mengenai pengalamannya hamil buat pertama kali, penyanyi lagu Prasasti Cinta ini berkata, dia tidak lagi mengalami sebarang alahan yang teruk pada fasa ini.
"Ketika awal kandungan dulu, saya memang lemah, mual dan tidak larat tetapi sejak kebelakangan ini terutamanya sepanjang Ramadan lalu, saya menjadi lebih kuat, bertenaga dan tiada alahan teruk.
"Namun, Azad pula yang kerap mual dan pening. Malah, suami juga semakin nakal dan suka bergurau tanpa kira tempat dan waktu," katanya yang dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Eira yang kini berhenti seketika daripada bidang nyanyian berkata, dia dan suami bakal berduet dalam lagu berjudul Sajak Dari Hati selepas melahirkan anak nanti.
"Saya berehat seketika daripada projek nyanyian kerana wakil syarikat rakaman FMG itu senyap dan menghilang begitu sahaja. Promosi lagu Prasasti Cinta ciptaan Manusia Putih itu pun tertunda kerana saya sudah hamil.
"Insya-Allah, selepas bersalin pada awal tahun depan, saya dan suami merancang untuk merakam lagu duet kami berjudul Sajak Dari Hati," katanya. -Mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan