Nuffnang

Rabu, 19 September 2012

Noorkhiriah - Google Blog Search

Noorkhiriah - Google Blog Search


:: MYARTIS.COM ::: HIJRAH <b>NOORKHIRIAH</b> SHAPIE

Posted: 05 Jun 2012 05:12 PM PDT


Jika satu ketika dahulu, Noorkhiriah Shapie tampil memakai penutup kepala dan memberitahu dia sedang berjinak-jinak mahu menutup aurat, tetapi baru-baru ini dalam satu sesi photo dengan media, dia akhirnya telah terbuka hati untuk memakai tudung secara kekal.

"Walaupun sudah mula berjinak-jinak untuk melakukan perubahan terhadap penampilan, saya hanya bertudung sesekali sahaja dan masih lagi menerima tawaran lakonan yang tidak memerlukan saya supaya tidak bertudung.

Klik untuk imej besar...

"Namun, kini saya sudah bertekad mahu bertudung sepenuhnya dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Tidak dinafikan memang ada pihak yang mula memandang sinis terhadap penampilan saya ini, tetapi inilah keputusan saya sekarang," ujar anak kelahiran Raub, Pahang itu dipetik sebagai berkata.

Semuanya berlaku ketika dia bercuti bersama keluarga di Singapura pada tahun lalu sempena ulang tahun perkahwinanannya yang kelima. Entah kenapa, tiba-tiba dia terdetik mahu melakukan perubahan terhadap penampilan diri iaitu mahu bertudung sepenuhnya.

"Selama ini saya telah memperoleh rezeki yang banyak serta dikurniakan seorang suami yang baik dan dua orang anak. Namun, saya masih lagi tidak mengikut suruhan-Nya terutama sekali bab menutup aurat.

"Berbanding beberapa rakan artis yang berhijrah setelah mengalami perkara yang pelik sehingga membuatkan mereka berubah, perubahan yang berlaku terhadap diri saya pula adalah atas kesedaran sendiri dan berkat doa suami.

"Sudah tentu rezeki itu tertakluk kepada kuasa Allah dan saya sangat bersyukur kerana rezeki dalam bidang lakonan masih lagi ada. Namun, dengan imej sekarang ini saya perlu menjaga batas semasa penggambaran.

"Selalunya saya akan berbincang dengan pengarah terlebih dahulu, misalnya kalau ada adegan bersentuhan. Malah, saya berasa sangat lega apabila pengarah dapat memahami kehendak saya," tambahnya bersungguh.

"Sekalipun saya kini sudah bertudung, tidak bermakna saya perlu memilih tawaran tertentu kerana lakonan merupakan kerjaya saya. Tidak kisah apa sahaja genre sama ada serius atau komedi, saya akan tetap memberikan lakonan yang terbaik.

"Lagipun yang berubah cuma penampilan saya sahaja, tetapi kerjaya saya sebagai pelakon masih lagi seperti biasa. Asalkan ada persefahaman dan toleransi antara saya dan pengarah, saya tidak kisah membawakan apa sahaja watak," jelasnya menutup bicara.

Photo: Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan