Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search |
<b>Sharnaaz Ahmad</b> Jumpa Jeffri Hudi Kerana Panas Baran Posted: 06 Sep 2012 02:10 PM PDT Sharnaaz Ahmad Jumpa Jeffri Hudi Kerana Panas Baran :Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu bahawa dia sering berjumpa dengan suami kepada penyanyi Noraniza Idris iaitu Jeffri Hudi bagi mendapatkan nasihat tentang sikap panas baran yang dihadapinya. Sharnaaz, 27, berkata, Jeffri sering memberikan tip yang berguna kepadanya dalam mengurangkan masalah tersebut. "Kadang-kadang perkara yang kecil pun boleh membuatkan saya marah dan saya sendiri hairan dengan perangai saya itu. "Bagaimanapun setelah bertemu abang Jeffri saya mula berubah secara perlahan-lahan," katanya kepada. Tambah Sharnaaz lagi, dia kerap berjumpa dengan Jeffri kerana selesa berkawan dengannya yang juga seorang bilal dari Singapura. Dalam pada itu, Sharnaaz turut menggunakan medium lakonan sebagai medan bagi meluahkan rasa marah apabila sering diberikan watak antagonis oleh pengarah. "Dulu saya tidak sedar bahawa sikap panas baran saya ini sebenarnya telah banyak memberi rezeki kepada saya kerana sering diberikan watak-watak jahat. "Malah ia telah menjadi satu terapi kepada saya apabila dapat menghilangkan sikap buruk itu dalam bentuk lakonan," ujarnya. Dalam pada itu, Sharnaaz menjelaskan kekasihnya iaitu Shila Amzah juga turut memainkan peranan untuk memastikan masalah tersebut dapat diatasi. "Shila banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya walaupun dia tahu saya memang seorang yang panas baran tetapi dia sentiasa berada di sisi saya," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Sharnaaz yang bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Sembunyi arahan Khabir Bhatia pada November depan. - Sharnaaz Ahmad Jumpa Jeffri Hudi Kerana Panas Baran Connect Facebook 5.0 |
You are subscribed to email updates from Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan