Hans Isaac - Google Blog Search |
Ibu <b>Hans Isaac</b> Meninggal Dunia Penyakit Kanser | melvister.com Posted: 13 Aug 2012 03:34 AM PDT Berita sedih dimana Ibu kepada Hans Isaac meninggal dunia akibat penyakit kanser. Perkara ini disahkan sendiri oleh Hans Isaac dilaman twitter beliau. Takziah sekali lagi diucapkan kepada keluarga Hans dan semoga tabah. Menurut maklumat yang kami terima, ibu Hans Isaac, Carmina Anciano Isaac telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.35 pagi tadi, di kediamannya. Untuk majlis pengebumian, jenazah akan dibawa ke gereja pada hari Rabu ini manakala upacara pembakaran mendiang pula akan dibuat di krematrium sebelum upacara menabur abu dilaksanakan pada Khamis ini. Incoming search terms:
Teruskan Membaca: |
<b>Hans Isaac</b> Terkilan Tidak Kahwin Sebelum Ibu Meninggal Dunia Posted: 14 Aug 2012 01:29 AM PDT PETALING JAYA- Pelakon dan juga penerbit filem Hans Isaac terkilan kerana tidak dapat menunaikan impian ibunya, Carmina Anciano Isaac (74) yang teringin melihat dia berkahwin apabila ibunya meninggal dunia pada Isnin. Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac (41) berkata, ibunya sempat memberikan pelbagai pesanan dan nasihat mengenai hal-hal perkahwinan kepadanya beberapa minggu sebelum pemergiannya itu. "Sedih juga kerana ibu tidak dapat melihat saya berkahwin. Memandangkan saya kerap pulang ke rumah menjaganya, sempat juga dia beri macam-macam nasihat kepada saya. "Malah dalam keadaan dia yang sakit, mendiang tetap risau dengan keadaan keluarga dan rakan-rakannya. Kalau nak tahu, mendiang ibu merupakan seorang yang sangat prihatin dengan orang sekelilingnya," katanya yang dihubungi di sini, Selasa. Carmina meninggal dunia di kediamannya di Taman Tun Abdul Razak, Ampang, sekitar kira-kira pukul 8.35am akibat kanser paru-paru dan otak yang telah dialaminya sejak dua tahun lalu. Mendiang akan dibawa ke gereja St. John, Bukit Nanas pada Rabu (esok) pukul 10.30am bagi penghormatan terakhir sebelum upacara pembakaran yang akan dilaksanakan pada Khamis ini. Beritahu Hans, selepas selesai menguruskan pengebumian ibunya nanti, dia akan berangkat ke Zurich, Switzerland pada minggu depan bagi menunaikan hajat mendiang untuk melakukan sesuatu di Zurich. "Minggu depan saya akan ke Zurich selama 10 hari bagi menunaikan hajat ibu dan selain itu, sekaligus saya ingin tenangkan fikiran di sana. "Saya sangat sedih dengan pemergiannya. Ketika dia tenat sebelum ini, perasaan saya berbelah bahagi di mana saya rela dia pergi kerana tidak sanggup melihat penderitaan ditanggungnya, namun dalam masa yang sama saya agak berat untuk kehilangannya. "Masih lagi teringat, setiap kali saya dibelenggu masalah, ibu saya dah dapat kesan sebelum saya masuk ke rumah lagi. Kemudian dia akan menghidangkan makanan dan duduk bersebelahan dengan saya tanpa bertanyakan sebarang soalan," ujar Hans sebak. Connect Facebook 5.0 |
You are subscribed to email updates from Hans Isaac - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan